Monday, July 11, 2011

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Tuan Pengetua ke-11 SMK Benut



11 Julai 2011
– Warga SMK Benut mengalu-alukan kehadiran Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) yang mula melaporkan diri di SMK Benut pada hari ini.

Penantian pengganti Pengetua SMK Benut akhirnya telah  berakhir apabila beliau menerima pertukaran ke SMK Benut bagi menggantikan Encik Hasnan Bin Jaffar yang bersara wajib bermula 2 Mac 2011. Beliau sebelum ini sebagai Pengetua SMK Ayer Baloi, Pontian serta merupakan Pengetua Cemerlang DG52.

Beliau sebenarnya sebelum ini pernah menjadi tenaga pengajar SMK Benut pada tahun 1989 – 1996.

Kami warga SMK Benut merakamkan tahniah dan selamat berkhidmat di SMK Benut. Semoga SMK Benut terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau yang juga merupakan Pengetua SMK Benut yang kesebelas. Insyaallah.

No comments: