Tuesday, July 19, 2011

Tahniah Pelajar SMK Benut - Surat 1Malaysia


18 Julai 2011 – Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu telah menggalakkan para pelajar dalam penyertaan penulisan surat 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama POS Malaysia.

Kerjasama guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu turut menggalakkan para pelajar untuk menyertai pertandingan ini yang berakhir pada 30 Jun 2011. Penyertaan yang baik dalam kalangan pelajar telah diberikan dengan galakan melalui pertandingan di peringkat sekolah.

Keputusan pertandingan di peringkat sekolah telah diumumkan pada hari ini semasa perjumpaan rasmi sekolah dan para pemenang telah diberikan piala yang disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Binti A. Manaf (GPK 1, SMK Benut).

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang. Semoga kejayaan di peringkat sekolah dapat diteruskan dengan kejayaan cemerlang dalam keputusan peringkat kebangsaan nanti. 



































No comments: