Wednesday, January 18, 2012

Pelancaran Program Pemantapan Disiplin SMK Benut 2012


16 Januari 2012 – Pelancaran Program Pemantapan Disiplin SMK Benut 2012 telah berjaya dirasmikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) semasa perhimpunan rasmi hari ini di Dataran Baiduri. Program ini anjuran Majlis Hal Ehwal Murid, SMK Benut.

Program ini dilancarkan dengan matlamat untuk melahirkan warga murid SMK Benut yang berketrampilan dan berdisiplin tinggi. Di samping itu, antara objektifnya pula untuk memastikan semua murid sentiasa menjaga kekemasan diri, menghargai masa dan datang awal ke sekolah. Selain itu, untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan mengurangkan masalah ponteng sekolah serta ponteng kelas. Akhir sekali, untuk membentuk budaya cemerlang dalam kalangan warga murid SMK Benut.

Tuan Pengetua menyeru kepada semua murid SMK Benut supaya akur dan memberikan kerjasama kepada program ini bagi mencapai matlamat dan objektifnya. Beliau turut sudi merasmikan pelancaran program ini dengan memotong reben sebagai simbolik pelancaran program ini. 

Sebelum itu, beliau menjelaskan 8 prinsip DISIPLIN dengan akronim setiap abjad, iaitu D = Datang awal ke sekolah, I = Ikutlah fesyen rambut ala Johor, S = Seluar jangan ketat atau londeh, I = Ikat tali leher dengan kemas, P = Ponteng perlu dijauhi, L = Lencana sentiasa dipakai, I = ikat rambut dengan kemas dan N = nama mesti dijahit pada baju.

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang hasil kerjasama semua warga SMK Benut, Pontian.











No comments: