Monday, January 2, 2012

Sesi Pendaftaran SMK Benut 2012



2 Januari 2012 – Sesi Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan Enam Atas Tahun 2012 telah berjaya diadakan pada hari ini. Pendaftaran murid Tingkatan Satu di Dewan Baiduri, SMK Benut manakala pendaftaran Tingkatan 2, 3, 5 dan 6 Atas di kelas masing-masing bersama-sama guru Tingkatan. Seterusnya, murid Tingkatan 4 akan diadakan pada hari Rabu, 4 Januari 2012.

Tujuan pendaftaran ini diadakan untuk urusan pendaftaran murid untuk meneruskan persekolahan, pembelian alat tulis dan buku tulis, mendapatkan jadual persekolahan, urusan peminjaman buku teks dan menceriakan bilik darjah. Di samping itu, melancarkan pembelajaran dan pengajaran semasa bermulanya hari persekolahan pada hari Rabu, 4 Januari 2012 nanti.

Makluman kepada semua murid, sila berpakaian uniform sekolah yang lengkap dan bukan pakaian unit uniform. 

Warga SMK Benut mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan meneruskan kecemerlangan akademik di SMK Benut.











No comments: