Tuesday, October 2, 2012

Bengkel Peningkatan Akademik PMR 2012



25 September – Seramai 26 orang pelajar (Perfect Score) Tingkatan Tiga telah berjaya mengikuti bengkel peningkatan akademik PMR yang diadakan selama 3 hari 2 malam (25 – 27 September 2012) bertempat di Tanjung Piai Resort. Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Peningkatan Kecemerlangan Akademik SMK Benut.

Bengkel Teknik menjawab soalan, iaitu mata pelajaran Sejarah, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Geografi menjadi fokus utama dalam program ini.

Semoga maklumat dan pendedahan ilmu tips mencapai kecemerlangan yang diberikan oleh para penceramah sepanjang program ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan keputusan PMR para peserta.

















No comments: