8 Oktober 2012 – Majlis Restu Ilmu PMR 2012 telah berjaya diadakan
pada hari ini bermula jam 8.30 pagi di Sanggar Kokurikulum. Program ini
diadakan agar murid-murid terutama pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki
PMR 2012 jelas dalam mindanya bahawa para guru telah redha dalam mencurahkan
segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang akan menjelang
ada kalanya memberikan tekanan kepada para murid. Semoga dengan adanya Majlis
Restu Ilmu ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan murid untuk
menghadapi PMR 2012 yang akan bermula pada hari Selasa, 9 Oktober 2012 sehingga
16 Oktober 2012.
Objektif
program ini juga dilaksanakan supaya mendapat keizinan ilmu yang dicurahkan
kepada anak didik. Selain itu, dapat memberikan amanat tentang peri pentingnya
ilmu yang baik untuk dunia dan akhirat. Seterusnya, dapat mengeratkan hubungan
kemanusiaan antara pendidik dengan murid. Akhir sekali, dapat membantu
mengurangkan stres dan dapat meningkatkan semangat juang kepada murid.
Majlis
ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut dengan kerjasama
pihak pentadbiran sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Selamat Bin Haji
Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Turut hadir dalam majlis ini
guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.
Pada
majlis ini turut diberikan cenderahati kepada semua murid tingkatan tiga
melalui wakil ketua kelas yang disampaikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon
(Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut).
Kemuncak majlis ini ialah majlis memohon restu dengan bersalaman antara
guru dan murid tingkatan tiga.
Warga
SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang dan selamat menduduki peperiksaan
dengan hati yang tenang, dapat menjawab semua soalan dengan baik dan berjaya
dengan pencapaian keputusan yang cemerlang. Insyaallah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment