15 Oktober 2012 – Majlis Penutupan Program Sayang di Sayang khusus
kepada para penghuni asrama (Asli) SMK Benut telah berjaya dirasmikan oleh
Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada malam Isnin, 15
Oktober 2012 bertempat di Dewan Makan, Asrama (Asli) SMK Benut.
Turut hadir dalam majlis ini, Puan
Hajah Azizah Binti Haji Omar (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Tuan Haji
Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam), Encik Ahmad
Shamsuddin Bin Marin (Guru Kanan Sains dan Matematik), Tuan Hj. Mohamad Noh Bin
Bilah (Guru Kanan Sains Kemasyarakatan), Encik Ismail Bin Ali (Guru Disiplin,
SMK Benut), Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Penyelaras Program Sayang di
Sayang merangkap Guru Kaunselor SMK Benut), warden dan pembantu warden.
Pada majlis ini turut diadakan kuiz
tayangan klip video yang mempunyai mesej serta pengajaran dan seterusnya
pertandingan kuiz spontan oleh Penyelaras Program.
Kemuncak majlis ini ialah
penyampaian cenderahati kepada para penghuni asrama yang berjaya memenangi
pertandingan yang diadakan seperti larian 5000 langkah, latihan dalam kumpulan,
pertandingan kuiz tayangan klip video serta kuiz spontan.
Semoga program ini dapat menjadikan
sahsiah dan tingkah laku para penghuni lebih baik serta merapatkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain dan akhir sekali sentiasa mendisiplinkan diri
sebagai penghuni asrama dengan mematuhi peraturan dan disiplin asrama.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment