23 Mei 2015: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru dan AKS SMKB bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dan amalan kerja. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PDP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah.
Pada kali ini jawatankuasa LDP menjalankan satu kursus motivasi "Spiritual Exellency" diri bagi meningkatkan momentum motivasi diri di tempat kerja supaya sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.
Antara objektif LDP ini ialah:
- Meningkatkan profesional guru
- Inovasi terkini dalam pendidikan
- Meningkatkan pengetahuan & kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan
- Mewujudkan & memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan
- Memartabatkan profesion keguruan
No comments:
Post a Comment