6 Mei 2015: Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak
tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato,
penulisan esei dan berpantun diperingkat zon, negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan
HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti
berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan
HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada
warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah
dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai
jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
Diperingkat SMK Benut, pelancaran sambutan HKS telah dijalankan pada 6 Mei 2015 di dataran perhimpunan dengan penyertaan semua warga SMKB. Acara dimulakan dengan ucapan tuan pengetua dan seterusnya pembacaan perutusan KPM, perutusan KPDNKK yang disampaikan oleh wakil pelajar. Dalam acara gimik pula tuan pengetua memecahkan ketulan ais yang mengandungi tema sambutan Hari Koperasi iaitu "Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat.
No comments:
Post a Comment