19 Mei 2015: Satu ceramah Program Pembangunan Sahsiah di bawah aktiviti Amalan Sahsiah dan Rohani telah dijalankan di Dewan Baiduri. Ceramah disampaikan oleh Dr Fahrol Rodzi Hanafiah dengan sasaran semua murid tingkatan 1, 2 dan 3. Guru-guru mata pelajaran yang mengajar pada waktu berkaitan juga turut serta mengikuti ceramah yang amat menarik sekali.
Secara ringkasnya beliau mengajak supaya lebih bertanggungjawab terhadap pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu dan bapa. Semoga dengan aktiviti ini akan menyuntik semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan membalas jasa ibu dan ayah dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment