TARIKH : 14 Januari 2017 (Sabtu)
MASA : 7.20 pagi hingga 11.30 pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK Benut
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah
satu aktiviti tahunan SMK Benut yang sering mendapat sambutan dan sokongan
yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKB. Pungutan mata dalam acara ini merupakan
penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam
Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa,
acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tingkatan 1 hingga 6 mewakili
4 buah rumah sukan iaitu Panglima, Laksamana, Bendahara dan Temenggung.
Matlamat utama aktiviti ini diadakan bertujuan
untuk:
1) Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada murid-murid
di SMK Benut, Pontian.
2) Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di
antara warga pendidik dengan murid dan sesama murid.
3) Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat
ingin maju di samping berlumba-lumba untuk menang.
4) Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej
kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.
Aktiviti bermula seawal jam 7.20 pagi.
Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah
sukan masing-masing. Pada jam 7.30 pagi, murid-murid membuat aktiviti
memanaskan badan dengan dibantu oleh Pn Faridah bt Tahir. Selepas itu, En.
Khalil memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang
mengambil bahagian. Tepat jam 8.15 pagi,
acara merentas desa bagi kategori lelaki dimulakan. Semua murid lelaki
dilepaskan mengikut kategori diikuti kemudiannya dengan acara merentas desa
kategori perempuan. Pada jam 10.30 pagi,
majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Hadiah disampaikan
kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori. Juara keseluruhan telah
disandang oleh rumah Panglima dengan pungutan mata 594, diikuti rumah
Temenggung, 519, Laksamana, 408 dan Bendahara, 383. Tahniah diucapkan kepada
semua pemenang dan juga terima kasih atas segala usaha dari warga SMKB dalam
menjayakan aktiviti merentas desa tahun ini.
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment