Wednesday, January 11, 2017

Tahniah Pengakap SMKB : Anugerah Oleh Persekutuan Pengakap Malaysia

11 Januari 2017: SMKB melakar sejarah apabila Pengakap Daerah pontian menjadi daerah Terbaik di Malaysia dengan penyertaan ahli dan pencapaian peringkat kebangsaan dan antarabangsa dimana murid-murid SMKB  turut menyumbang di atas kejayaan tersebut sekali gus menjadikan pengakap johor johan keseluruhan anugerah kebangsaan dengan merangkul 17 anugerah daripada 25 dimajlis julung-julung kali diadakan sempena Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016 pada 16 Disember 2016 di Kuala Lumpur.

Tahniah kepada Pasukan Pengakap SMKB.



Monday, January 9, 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3

TARIKH : 1 Januari 2017 (Ahad)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan bagi murid PT3 2016 telah dijalankan pada perhimpunan pertama persekolahan sesi 2017. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB. Seramai 9 orang murid yang telah mendapat keputusan 10A, 7A dan 6A dalam PT3 2016, menerima penghargaan dari pihak sekolah pada majlis tersebut.

Murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 2016 ialah:

  1.   Nur Dyana Syazwanie bt Dedy Chandra       -           10A
  2.  Nursyaidatul Syuhada bt Abd. Razak            -           7A
  3.  Nurul Syafrina bt Ngateman                           -           7A
  4.  Sharinbalqis Mariana bt Zamri                        -           7A
  5.  Siti Nur Aisyah bt Abdullah                                  -           7A
  6.  Aidiana Nur nadia bt Aidil Hairi                    -           6A
  7.   Muhamad Amirul Fikri bin Kamiri                 -           6A
  8.  Muhammad Noor Azim bin Baba@Awang   -           6A
  9.  Siti Nur Firdaleyana bt Mahmod                    -           6A



Majlis ini diadakan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3. Majlis ini juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan akademik murid dan usaha gigih yang ditunjukkan tanpa jemu. Majlis seperti ini diharap dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat bagi warga SMK Benut untuk terus mempertingkatkan usaha dan pencapaian akademik dari semasa ke semasa seterusnya dapat melakar kejayaan yang cemerlang kelak.









Nur Dyana Syazwanie bt Dedy Chandra – 10A


Nursyaidatul Syuhada bt Abd. Razak – 7A

Siti Nur Aisyah bt Abdullah – 7A







Nurul Syafrina bt Ngateman – 7A


Sharinbalqis Mariana bt Zamri – 7A

Siti Nur Firdaleyana bt Mahmod – 6A








Aidiana Nur nadia bt Aidil Hairi – 6A


Muhamad Amirul Fikri bin Kamiri – 6A

Muhammad Noor Azim bin Baba@Awang- 6A




Thursday, January 5, 2017

Majlis Penutupan Minggu Suaikenal Murid Tingkatan 1

5 Januari 2017: Majlis Penutupan Rasmi Minggu Suaikenal Tingkatan 1 telah disempurnkan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB setelah menjalani berbagai aktiviti sepanjang 5 hari diadakan. Dalam ucapan penutupan tuan pengetua, beliau mengingatkan agar semua murid tidak membawa budaya sekolah rendah ke SMKB. Beliau juga mengharapkan agar 195 murid dihadapnnya akan dapat mengharumkan nama baik sekolah dan seterusnya menjulang nama baik SMKB.

Setelah selesai majlis penutupan, semua murid telah dibawa masuk ke kelas bersama Guru Tingkatan masing-masing. 

Semoga aktiviti minggu suaikenal ini akan memberikan kesan yang besar kepada semua murid tingkatan 1. Selamat menjadi sebahagian dari warga SMKB.



Monday, January 2, 2017

Orientasi Murid Tingkatan 1 dan 4 SMKB 2017

2 Januari 2017: Satu program orientasi tingkatan 1 dan 4 telah dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi murid tingkatan 1 program ini berlangsung sehingga 7 Januari 2016 sementara bagi murid tingkatan 4 pula program akan dijalankan selama 2 hari sahaja.


Objektif program orientasi tingkatan 1:
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang bidang-bidang pembelajaran mereka      yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum.
2. Memberi pendedahan dan menyesuaikan pelajar dengan pembelajaran sekolah menengah.
3. Mengetahui dan mematuhi tatacara disiplin sekolah yang telah ditetapkan.  
4. Melatih murid-murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.  
5. Meningkatkan motivasi diri sebagai pelajar.

Objektif program orientasi tingkatan 4:
1. Memberi pendedahan tentang subjek menengah atas.
2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang pensijilan terbuka.
3. Memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar mengikut minat dan kebolehan mereka.
Terima kasih kepada penyelaras program orientasi En. Zali Mokri (Tg 1) dan Pn. Noor Zahidah (Tg 4). Semoga ianya akan memberikan impak yang besar kepada  SMKB.
















  

Friday, December 30, 2016

Teks Amanat Awal Tahun 2017 Oleh PPJ

185 Murid Baru Tingkatan 1 Mendaftar di SMK Benut

29 Disember 2016: Seramai 185 murid baru tingkatan 1 telah mendaftar di SMKB. Berbanding pada sesi tahun 2016 hanya seramai sekitar 130 orang sahaja mendaftar.

Serentak dengan pendaftaran murid tingkatan 1 juga dijalankan pendaftaran tingkatan 2, 3, 5 dan PraU Senior. Jualan barang persediaan sekolah oleh Koperasi SMKB Bhd juga turut dijalankan pada hari berkenaan.

Terima kasih kepada semua guru yang menjayakan hari pendaftaran sekolah. Semoga SMKB akan terus cemerlang. SMKB, We Are The Best.