18 ~ 19 OGOS 2008 - Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Penasihat Bahasa Melayu, Puan Norhidayah Binti Abdullah. Lawatan selama 2 hari telah melawati pelbagai tempat menarik, iaitu Pusat Sains, Aquaria, mengikuti persidangan di Dewan Rakyat, Dataran Merdeka, Putra Jaya dan pameran Maha 2008.
Wednesday, August 20, 2008
Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur
18 ~ 19 OGOS 2008 - Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Penasihat Bahasa Melayu, Puan Norhidayah Binti Abdullah. Lawatan selama 2 hari telah melawati pelbagai tempat menarik, iaitu Pusat Sains, Aquaria, mengikuti persidangan di Dewan Rakyat, Dataran Merdeka, Putra Jaya dan pameran Maha 2008.
Wednesday, August 13, 2008
Kenali Logo Hari Kebangsaan ke-51
Tema : Perpaduan Teras KejayaanRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat
Tuesday, August 5, 2008
Hari Kokurikulum SMK Benut 2008
Thursday, July 24, 2008
Kecemerlangan Pelajar SMK Benut
21 JULAI 2008 – Pihak pentadbiran SMK Benut telah memberikan hadiah penghargaan kepada para pelajar Tingkatan 3, 5, dan 6 Atas yang telah berjaya melepasi atau mencapai sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 pada perhimpunan rasmi sekolah.
Tujuan pemberian penghargaan ini sebagai motivasi kepada pelajar tersebut dan juga pelajar lain supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang berterusan dan meningkatkan lagi prestasi keputusan peperiksaan sebenar iaitu PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.
Berikut senarai pelajar yang menerima penghargaan tersebut :
| Bil | Nama Pelajar | Tingkatan |
| 1 | ONG HIAN LUM | 3 IBNU SINA |
| 2 | LEE KIA HONG | 3 IBNU SINA |
| 3 | KHOO LEE CHENG | 3 IBNU SINA |
| 4 | LOH JIN CHANG | 3 IBNU SINA |
| 5 | KOH JUN YIH | 3 IBNU SINA |
| 6 | NURUL ATIKAH BINTI MA SAYUTHI | 3 IBNU SINA |
| 7 | YEO GUAN HENG | 5 IBNU SINA |
| 8 | TAN HWEE FENG | 5 IBNU SINA |
| 9 | ONG ZHI HUI | 5 IBNU SINA |
| 10 | TEE CHIA CHI | 5 IBNU SINA |
| 11 | NURULNABILLA HUDA BINTI MUHAMMAD | 5 IBNU SINA |
| 12 | NORAINI BINTI ABDUL FATAH | 6 IBNU SINA |
| 13 | NORHIDAYAH BINTI AHMAD BERORI | 6 IBNU SINA |
| 14 | NORHAYATI DIANA BINTI MUSA | 6 IBNU SINA |
| 15 | NURUL AIN BINTI MOHD RAHIM | 6 IBNU SINA |
| 16 | NURUL SUFFINA BINTI AHMAD | 6 IBNU RUSYD |
| 17 | HENG JIA WANG | 6 |
| 18 | ONG AI HONG | 6 |
| 19 | SIM BOON SHEUNG | 6 |
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.
Tahniah SMK Benut
19 JULAI 2008 – Seramai 5 orang pelajar SMK Benut kita telah mewakili Daerah Pontian ke Pertandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Negeri di SMK Teknik, Segamat.
Alhamdulillah, penyertaan kita tidak mengecewakan dan telah memenangi kedua-dua acara yang kita wakili iaitu melukis poster dan melukis kain rentang.
Keputusan rasmi pertandingan tersebut :
Melukis Kain Rentang (JOHAN) ~
1. Mohammad Selamat Bin Senun (6 Ibnu Khaldun)
2. Zuratunnisaa Binti Rohani ( 6 Ibnu Khaldun)
3. Loh Yi Yee (4 Ibnu Sina)
4. Nurain Nafisah Binti Naspan (4 Al Farabi)
Melukis Poster (NAIB JOHAN) ~
1. Faizah Binti Basir ( 5 Ibnu Khaldun)
Guru Penasihat : Encik Roslan Bin Idris
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.
Wednesday, July 16, 2008
Lawatan YB Parlimen Pontian Ke Asrama SMK Benut
13 JULAI 2008, Yang Berhormat Ahmad Bin Maslan, Ahli Parlimen Pontian telah melawat tapak projek pembangunan Asrama SMK Benut. Tujuan beliau hadir untuk meninjau perkembangan pembinaan bangunan baru yang sedang dibina untuk kemudahan penghuni asrama.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Puan Hjh. Andi Audryanah Binti Hj Md Noor (GPK HEM, SMK Benut), Encik Idris (Ketua Kontraktor) dan guru-guru SMK Benut.
| | | |
Tahniah SMK Benut
12 JULAI 2008, Pertandingan Karnival Pendidikan Dadah Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMK Tinggi Kluang. SMK Benut telah mewakili daerah Pontian dalam Pertandingan Melukis Poster bagi Kategori Menengah Atas dan Menengah Rendah.
Keputusan rasmi pertandingan tersebut, telah memperolehi kejayaan cemerlang dalam kedua-dua acara yang disertai. Bagi Kategori Menengah Atas, Norhalimah Binti Mahadi (4 Ibnu Khaldun) telah berjaya mendapat JOHAN. Manakala bagi Kategori Menengah Rendah, Norsyafika Binti Aspani (2 Ibnu Sina) telah berjaya mendapat NAIB JOHAN.
Norhalimah Binti Mahadi telah terpilih mewakili negeri Johor dalam pertandingan tersebut di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada pertengahan bulan Ogos ini di negeri Kelantan.
Ucapan penghargaan kepada guru pembimbing iaitu Encik Roslan Bin Idris, Cik Noormawati Binti Mohd Rasif, Cik Siti Norzila Binti Tumin dan Puan Asiah Binti Abd Aziz.
Warga SMK Benut, mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang anda.
| | |









































