Friday, October 30, 2009

Program GILAP PraSPM 2009-2010


29 Oktober 2009 – Program Kecemerlangan SPM 2010, Panitia Bahasa Melayu telah mengorak langkah dengan memastikan kecemerlangan para pelajar Tingkatan Empat Tahun 2009 yang akan melangkah ke Tingkatan Lima tahun 2010 dengan melancarkan satu aktiviti yang dikenali Program Gilap Pra SPM 2010 pada hari ini.

Program Gilap ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manap (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Beliau mengharapkan pelajar yang terpilih, iaitu seramai 99 orang menggunakan peluang ini untuk memperbaiki prestasi kecemerlangan mata pelajaran bahasa Melayu terutama penulisan karangan dengan format yang betul.

Sebelum itu, Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa) telah menerangkan dengan jelas objektif Program Gilap Pra SPM 2010 ini dilaksanakan, iaitu memantapkan kemahiran bahasa dan melatih pelajar untuk membuat penulisan karangan dengan lebih baik struktur ayat. Terdapat 64 jenis karangan (Kertas 1 bahagian A dan bahagian B) yang akan pelajar tulis semula semasa cuti sekolah akhir tahun nanti. Pelajar dikehendaki memulangkan semula karangan yang ditulis semasa mula mendaftar ke tingkatan lima pada tahun 2010.

Amirul Zariq Bin Abd Rahim pelajar Tingkatan 4 Al Farabi telah mengetuai bacaan akujanji bagi mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan Program Gilap Pra SPM ini mencapai obektifnya.

Diharap program ini dapat mencapai kejayaannya dan seterusnya pencapaian prestasi bahasa Melayu SPM akan terus meningkat.


No comments: