Wednesday, October 28, 2009

RIMUP 2009


22 Oktober 2009 – Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada Rabu, 21 Oktober 2009. Program ini anjuran bersama SMK Benut dan SMK Ayer Baloi. Seramai 155 orang pelajar terdiri pelajar Melayu dan pelajar Cina telah mengikuti program ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua dan Tiga.

Program ini diadakan bermatlamat memupuk perpaduan dalam kalangan para pelajar pelbagai kaum di sekolah berintergrasi di antara dua buah. Manakala objektif program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peranan mereka dalam mewujudkan dan mengekalkan perpaduan kaum, memberi peluang kepada pelajar menghayati sukan dan permainan rakyat serta mewujudkan kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dalam kalangan pelajar.

Pada program tersebut, pihak penganjur telah mengundang Jurulatih Utama RIMUP Negeri Johor, iaitu Encik Azman Hasslam dan Mohd Azan Mohd Noor untuk menyampaikan ceramah perpaduan dan seterusnya memimpin keseluruhan program tersebut dengan dibantu oleh 20 orang fasilitator dalam kalangan pelajar PraU SMK Benut.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Andi Audryanah Binti Haji Mohd Noor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut). Beliau menyarankan kepada peserta program supaya meningkatkan perpaduan dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap perkara.

Pihak penganjur program merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.





No comments: