Saturday, May 15, 2010

Perlawanan Petanque Sempena Hari Guru SMK Benut


14 Mei 2010 - Pertandingan Petanque sempena Sambutan Hari Guru peringkat SMK Benut tahun 2010 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 3.00 petang di gelanggang petanque SMK Benut.

Sambutan menggalakkan daripada para guru dan pelajar bagi menjayakan pertandingan ini amat dibanggakan. Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam perlawanan ini.

Keputusan penuh, JOHAN dimenangi oleh pasukan CIK NOORSHUHADAH BINTI SULAIMAN dengan beregunya MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD AMIN (pelajar PraU5) manakala NAIB JOHAN dimenangi pasukan ENCIK ANISHAK BIN AHMAD dengan beregunya ENCIK MOHD LUTFI BIN MOHD KAMRAN.

Tahniah dan syabas diucapkan.












Thursday, May 13, 2010

Program Derma Darah Sempena Hari Guru 2010


13 Mei 2010 – Seramai 7 orang guru SMK Benut telah turut serta dalam Program Derma Darah yang diadakan pada hari Selasa, 11 Mei 2010 di Hospital Pontian, Johor. Program ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian sempena sambutan Hari Guru Tahun 2010. Mereka telah sudi menderma darah sebanyak 450ml setiap seorang.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kebajikan yang dilakukan oleh guru-guru SMK Benut.












Tahniah Cikgu SMK Benut


12 Mei 2010 – Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada para guru SMK Benut yang telah menyertai pertandingan Petanque bertempat di SMK Seri Perhentian, Pontian pada 8 Mei 2010. Pertandingan Petanque ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian sempena sambutan Hari Guru peringkat Daerah Pontian tahun 2010.

SMK Benut telah menghantar 3 pasukan, iaitu Benut A, Benut B, dan Benut C. Berikut para guru yang menyertai pertandingan tersebut :

BENUT A

ENCIK ANISHAK BIN AHMAD

ENCIK ISMAIL BIN AHMAD

PUAN YASMIN SHAKILLA BINTI YAAKUB

BENUT B

ENCIK MOHD MUZAMMIL BIN RAUPON

CIK ROHAIDA BINTI ABD GHANI

PUAN NORANI BINTI KAMARI

BENUT C

ENCIK MOHD KHAIRUL BIN ZAINAL

CIK SITI FATIMAH BINTI DOKOB@YUSOFF

CIK NOORSHUHADAH BINTI SULAIMAN

Keputusan rasmi pertandingan tersebut, BENUT B telah berjaya mendapat JOHAN Keseluruhan selepas menewaskan pasukan dari SMK Ayer Baloi, Pontian dalam perlawanan akhir. Tahniah diucapkan.
 




Monday, May 10, 2010

Selamat Datang Menjadi Warga SMK Benut


10 Mei 2010 – Warga SMK Benut merakamkan syabas dan tahniah kepada para pelajar Pra Universiti (Junior) yang mula mendaftar pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Seramai 139 orang pelajar telah mendaftar diri pada hari ini. Bagi yang masih belum mendaftar masih boleh berbuat demikian sepanjang minggu ini.

Pelajar ini akan mengikuti Minggu Suai Mesra Pra Universiti (Junior) bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari Jumaat, 14 Mei 2001. Perasmian Minggu Suai Mesra Pra Universiti (Junior) telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Beliau mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar kerana terpilih sebagai pelajar Pra Universiti di SMK Benut bagi menimba ilmu sebagai persediaan sebelum meneruskan matlamat ke Institusi Pengajian Tinggi. Beliau turut mengharapkan agar pelajar bersedia lebih awal dengan belajar bersungguh-sungguh dan menempa kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya membanggakan SMK Benut.

Minggu Suai Mesra Pra Universiti (Junior) diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berkualiti serta kreatif seterusnya menyahut cabaran untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun oleh Jawatankuasa Program, iaitu taklimat pra universiti, taklimat kokurikulum, taklimat disiplin, taklimat biasiswa, ceramah motivasi, taklimat pusat sumber, dan taklimat pakej mata pelajaran yang akan diambil oleh para pelajar.

Program ini wajib diikuti oleh semua pelajar Pra Universiti (Junior) supaya segala program yang dirancang dapat manfaat yang berguna dan seterusnya diaplikasikan demi kecemerlangan SMK Benut. Program ini akan dikelolakan dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPU) SMK Benut.




















Monday, May 3, 2010

Congratulations to both students SMK Benut


Last week, on 29th. April 2010, a mini English Carnival of  Pontian District was held in SMK Ayer Baloi. SMK Benut sent two representatives to participate in the two competitions held, namely, the Essay Writing and Public Speaking Competitions. For Essay Writing, our school sent Loh Kai Hui from 3 Ibnu Sina, and for Public Speaking, Joeseph Ho Zu Xu from 5 Ibnu Sina. Loh Kai Hui won a Consolation Prize while Joeseph Ho Zu Xu won the Second Place. Congratulations to both students, especially to Joeseph Ho Zu Xu, for taking part in the competitions and for a job well done.



 Loh Kai Hui from 3 Ibnu Sina
 Joeseph Ho Zu Xu from 5 Ibnu Sina

Tahniah Guru dan Staf SMK Benut


3 Mei 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada ENCIK MOSMAN BIN PARKAN dengan regunya ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD kerana berjaya mendapat JOHAN Beregu Veteran dalam pertandingan Badminton guru-guru Daerah Pontian. Pertandingan ini diadakan pada 1 Mei 2010 bertempat di Dewan SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.


ENCIK MOSMAN BIN PARKAN
 ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD

Seterusnya, tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ENCIK S ROSLAN BIN GHANI dengan regunya ENCIK MOHD ZIN BIN MOHAMADA yang turut berjaya mendapat tempat KETIGA Beregu Campuran dalam pertandingan yang sama.

 ENCIK S ROSLAN BIN GHANI
 ENCIK MOHD ZIN BIN MOHAMADA


Akhir sekali, tahniah dan syabas juga diucapkan kerana berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN Keseluruhan pertandingan yang diadakan bagi pasukan SMK Benut.