Monday, May 3, 2010

Tahniah Guru dan Staf SMK Benut


3 Mei 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada ENCIK MOSMAN BIN PARKAN dengan regunya ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD kerana berjaya mendapat JOHAN Beregu Veteran dalam pertandingan Badminton guru-guru Daerah Pontian. Pertandingan ini diadakan pada 1 Mei 2010 bertempat di Dewan SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.


ENCIK MOSMAN BIN PARKAN
 ENCIK IBRAHIM BIN AHMAD

Seterusnya, tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ENCIK S ROSLAN BIN GHANI dengan regunya ENCIK MOHD ZIN BIN MOHAMADA yang turut berjaya mendapat tempat KETIGA Beregu Campuran dalam pertandingan yang sama.

 ENCIK S ROSLAN BIN GHANI
 ENCIK MOHD ZIN BIN MOHAMADA


Akhir sekali, tahniah dan syabas juga diucapkan kerana berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN Keseluruhan pertandingan yang diadakan bagi pasukan SMK Benut.

No comments: