Saturday, May 15, 2010

Perlawanan Petanque Sempena Hari Guru SMK Benut


14 Mei 2010 - Pertandingan Petanque sempena Sambutan Hari Guru peringkat SMK Benut tahun 2010 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 3.00 petang di gelanggang petanque SMK Benut.

Sambutan menggalakkan daripada para guru dan pelajar bagi menjayakan pertandingan ini amat dibanggakan. Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam perlawanan ini.

Keputusan penuh, JOHAN dimenangi oleh pasukan CIK NOORSHUHADAH BINTI SULAIMAN dengan beregunya MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD AMIN (pelajar PraU5) manakala NAIB JOHAN dimenangi pasukan ENCIK ANISHAK BIN AHMAD dengan beregunya ENCIK MOHD LUTFI BIN MOHD KAMRAN.

Tahniah dan syabas diucapkan.












No comments: