22 Mei 2010 – Program Motivasi Top ‘A’ Student bagi para pelajar Tingkatan 5 telah berakhir pada hari ini. Program yang bermula pada petang Jumaat, 21 Mei 2010, iaitu selama dua hari satu malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang cukup bermakna kepada para peserta yang menyertainya. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut dengan kerjasama Pembangunan Akademik SMK Benut. Seramai 8 orang fasilitator dengan diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Abd Halek A Rahman atau lebih dikenali dengan Pak Anjang dari Syarikat Wowcooching yang bertempat di Austin Perdana, Johor Bahru.
Program yang bermatlamat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk terus berdaya saing dalam meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran peperiksaan SPM bagi tahun 2010.
Seramai 117 pelajar telah menyertai program ini. Program ini merupakan siri pertama dari tiga siri semuanya. Para peserta yang terlibat diharapkan dapat menyedari diri sebagai seorang pelajar yang diharapkan untuk cemerlang bagi diri, keluarga, guru-guru, dan seterusnya sekolah. 5 ‘Star’ yang diperlukan, iaitu Spiritual, Mental, Emosi, Fizikal dan Intelektual.
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda telah berjaya mengikuti program motivasi ini dengan cemerlang dan diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment