Saturday, May 15, 2010

Program Gotong-Royong Perdana SMK Benut


15 Mei 2010 – SMK Benut turut serta melaksanakan Program Gotong-Royong Perdana sempena sambutan Hari Guru Tahun 2010. Program ini telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Antara aktiviti yang telah dilakukan seperti menanam pelbagai pokok bunga, mengecat dewan Baiduri, membersihkan kawasan tanaman herba dan tapak semaian, membersihkan setor mesin cetak dan mengemaskinikan maklumat dan kebersihan dalam kelas.

Program yang bermatlamat untuk mencatikkan kawasan sekolah di samping mendidik warga SMK Benut untuk menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah. Selain itu, merapatkan lagi silaturahim antara pelajar dengan guru.

Jawatankuasa pelaksana program merakamkan terima kasih kepada para ibu bapa dan orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan perlulah senantiasa berterusan.


























No comments: