Saturday, July 17, 2010

Kem Menuju Skor A Bahasa Melayu SPM Tahun 2010


14 – 15 Julai 2010 – Kem Menuju Skor A Bahasa Melayu SPM tahun 2010 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, JKD Bahasa Melayu, dan Majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian telah berjaya diadakan selama dua hari satu malam di Tanjung Piai Resort, Pontian. Seramai 14 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan tingkatan 5 telah mengikuti kem ini.

Pelbagai teknik dan kemahiran untuk menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2 telah diberikan oleh Encik Ramli Bin Yahya (Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor) yang diundang khas untuk menjayakan program ini.

Warga SMK Benut terutamanya Panitia Bahasa Melayu mengharapkan segala ilmu yang dipelajari oleh pelajar yang mengikuti kem ini dapat mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaaan SPM pada akhir tahun ini dan seterusnya memastikan pencapaian prestasi SPM dengan cemerlang. Insyaallah.




















No comments: