Thursday, July 8, 2010

Tahniah Pasukan Kadet Bomba SMK Benut


5 Julai 2010 – Seramai lima orang pelajar Pasukan Kadet Bomba SMK Benut, iaitu Mohd Izudin Bin Jumat, Mohd Faizul, Ainooraisza Binti Ahmad, Ummi Nor Shila dan Siti Nor Raihana Binti Bostani telah terpilih mewakili negeri Johor dalam penyertaan Perkhemahan Kadet Bomba peringkat kebangsaan 2010 kali ke-21 pada 28 Jun hingga 3 Julai 2010 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Pasukan Kadet Bomba yang mewakili negeri Johor ini telah berjaya mendapat tempat KETIGA daripada 13 negeri yang bertanding. Kontijen negeri Johor telah menjadi JOHAN dalam acara Kawad Operasi Berhalangan Basah (Perempuan) dan acara Kawad Operasi Menyelamat Kering (Lelaki). Bagi acara Kawad Kaki pula, berjaya mendapat tempat KETIGA

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas.






No comments: