Friday, July 9, 2010

Hari Terbuka SMK Benut 2010


8 Julai 2010 – Hari Terbuka Ibu Bapa / Penjaga bersama guru-guru SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini. Sebelum itu, para ibu bapa / penjaga telah diberikan taklimat khas berkaitan pencapaian pelajar PMR dan pelajar SPM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 serta masalah dan cadangan yang telah disampaikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 8.30 pagi. 

Seterusnya, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari para ibu bapa / penjaga bergerak ke kelas anak-anak mereka untuk mengadakan perbincangan bersama guru tingkatan.
                   
Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga yang dapat hadir pada majlis ini. Semoga kerjasama yang baik ini berterusan dan kejayaan cemerlang terutamanya pencapaian prestasi pelajar bertambah baik seperti yang disasarkan.






















No comments: