Tuesday, July 20, 2010

Selamat Datang dan Menjalankan Latihan Praktikum


19 Julai 2010 – Selamat datang dan selamat menjalankan latihan praktikum kepada dua orang guru pelatih dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Mereka akan menjalankan latihan praktikum bermula pada hari ini sehingga 22 Oktober 2010. Mereka masih dalam melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Mereka akan dibimbing oleh Puan Hajah Asiah Binti Juli dan Cik Jumaliah Binti Rahmat.

Warga SMK Benut mengalu-alukan sebagai warga SMK Benut dan semoga bersedia untuk menimba ilmu serta kemahiran sebagai pendidik sebanyak yang mungkin di SMK Benut.


CIK NUR HAFIZOH BINTI IDRIS
ALOR SETAR, KEDAH


CIK SUZAN JESSICA SIMON
SLIM RIVER, PERAK

No comments: