Sunday, July 4, 2010

Pertandingan Memasak Menu Sihat


2 Julai 2010 – Pertandingan Memasak dengan tema Menu Sihat Siri Pertama telah berjaya diadakan pada  hari Khamis, 1 Julai 2010 di Bilik ERT, SMK Benut. bermula jam 3.00 petang. Pertandingan ini merupakan salah satu antara program dalam Bulan Penghayatan Teknik dan Vokasional. Sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar SMK Benut dalam pertandingan ini, menyebabkan pihak penganjur mengadakan tiga siri pertandingan yang bermula hari ini dan seterusnya pada hari Isnin, 5 Julai dan Selasa, 6 Julai. Keputusan rasmi akan diberitahu kemudian semasa perhimpunan mingguan rasmi selepas semua pertandingan selesai. Selamat bertanding...























No comments: