Sunday, July 11, 2010

Program Jom Jadi Bijak 2010


9 Julai 2010 – Seramai 400 orang pelajar telah berjaya mengikuti Program Jom Jadi Bijak (JJB) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Dakwah Islamiah (MAKDIS), SMK Benut pada hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Program selama 4 jam yang dikendalikan sepenuhnya dari Pertubuhan Jamaah Islamiah Malaysia, Negeri Johor (JIM) yang diketuai oleh Tuan Haji Aminuddin Bin Alias (Pak Long). Manakala pelajar Cina turut mengikuti motivasi yang disampaikan oleh Encik Tang Yong Wah (Kaunselor, SMK Pekan Nanas) di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut.

Semoga program yang diadakan ini dapat melahirkan para pelajar SMK Benut yang disiplin dimartabat, kerohanian diperhebat dan pencapaian meningkat.





























No comments: