Tuesday, March 30, 2010

Latihan PKBM Cuti Persekolahan 2010


30 Mac 2010 – Seramai 16 orang pelajar ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Benut telah mengikuti Latihan Kawat Kaki dan Menembak selama 7 hari 6 malam bermula 12 Mac sehingga 18 Mac bertempat di Kem PULADA Tentera, Tebrau, Johor.


Kursus ini bertujuan untuk melatih ahli PKBM supaya mengetahui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ketenteraan. 

Sebanyak 4 buah sekolah yang dipilih (SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Tinggi Muar, SMK Tun Perak dan SMK Benut) untuk menyertai kursus ini supaya dapat memilih satu pasukan bagi mewakili negeri Johor.

Antara aktiviti yang dijalankan, iaitu latihan menembak, kawat kaki bersenjata, merentas kem, mempelajari teknik kompas dan permainan sukan.












No comments: