Sunday, March 28, 2010

Maulidur Rasul SMK Benut 2010


26 Mac 2010 - Sambutan Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M peringkat SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga SMK Benut.

Program yang bermatlamat untuk memperingati dan mencontohi perjuangan dan akhlak Rasulullah S.A.W. Selain itu, dengan objektif menghayati sambutan maulidur rasul secara teori dan praktis serta menghidupkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru, pelajar dan kakitangan SMK Benut.

Pelbagai aturcara telah dilaksanakan, iaitu dimulakan dengan bacaan doa, bacaan al-quran dan terjemahan, bacaan berzanji, bacaan marhaban oleh para pelajar. Kemuncak majlis tersebut ialah ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Haji Bachok (Kadi Daerah Pontian).















No comments: