Tuesday, March 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pendidikan Moral SMK Benut


29 Mac 2010 - Persatuan Pendidikan Moral, SMK Benut telah mengadakan lawatan kasih sayang sambil belajar ke Kelantan selama tiga hari satu malam. Lawatan ini diadakan pada 18, 19 dan 20 Mac 2010.

Objektif program lawatan ini untuk menyemaikan sikap baik hati dan kasih sayang sesama insan, melahirkan sikap murah hati membantu manusia yang serba kekurangan, memupuk semangat kekitaan dan bekerjasama. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dengan diiringi oleh guru penasihat, iaitu Encik Aw Koh Shai yang mengikuti program ini.

Antara tempat yang dilawati dalam program ini, iaitu kraf tangan, pusat pembuatan batik, muzeum kraf tangan, Wat Phhotivihan Janbu, Reclining Buddha, Rumah Seri Kenangan, Pantai Cahaya Bulan, pasar malam wakaf Che Yeh, dan  Pasar Siti Khadijah Kota Bharu dan Bazaar Buluh Kubu.












Dilaporkan oleh : AU LI XIAN (Setiausaha, Persatuan Pendidikan Moral)

No comments: