Saturday, March 6, 2010

Program Kecemerlangan Pelajar Pemegang Biasiswa


5 Mac 2010 – Program Kecemerlangan Para Pelajar Pemegang Biasiswa SMK Benut 2010 bermula pada hari ini. Seramai 77 orang peserta (28 orang lelaki dan 49 orang perempuan).

Program yang bermatlamat untuk memberikan pelbagai kemahiran dan peningkatan ilmu pengetahuan terutamanya dalam membina jati diri sebagai seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. 

Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan sepenuhnya di SMK Benut yang dikelolakan sepenuhnya oleh Syarikat Vision Consultant, Pusat Latihan Tiram Indah Village. Seramai 4 orang fasilitator, iaitu Encik Mohd Zultufzi, Encik Abdul Ghaffar Bin Awang, Mohd Hasbullah Bin Abd Rahman dan Encik Mohd Khairul Azhar Bin Md Dadi.

Pelbagai aktiviti akan para peserta ini ikuti, iaitu Team Power, Solo Nite, Bijak Belajar, Teknik Ingatan Kreatif, Latihan Dalam Kumpulan, Muhasabah Diri dan banyak lagi.

Semoga program yang diaturkan dapat memberikan input yang berguna kepada para peserta yang mengikuti program ini.











  

No comments: