Thursday, March 11, 2010

Program “Belia Unggul Bersih Dadah”


11 Mac 2010 – Program “Belia Unggul Bersih Dadah” telah berjaya diadakan pada hari ini kepada para pelajar tingkatan empat seramai 110 orang pelajar bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Program ini merupakan anjuran Pelajar Semester 2 Sesi 2009/2010 Kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan usahasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyalurkan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya para pelajar sekolah. Seramai 6 orang mahasiswa dan mahasiswi dari UPSI  yang diketuai oleh Pengarah Projek, Cik Rapidah Binti A. Bakar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti kumpulan, perbincangan dan pembentangan yang dikelolakan sepenuhnya oleh mereka.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kerana memilih SMK Benut dan seterusnya mengharapkan para pelajar yang mengikuti program ini dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan kecemerlangan pelajaran.










No comments: