Tuesday, March 23, 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Lelaki 15 SMK Benut


23 Mac 2010 – Tahniah dan Syabas kepada pasukan bola sepak Lelaki Bawah 15, SMK Benut yang telah berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan bola sepak MSSD Pontian pada hari ini. Perlawanan ini telah diadakan di padang MRSM, Pontian, Johor.

Pasukan bola sepak L15 SMK Benut berjaya dengan cemerlang dalam perlawanan yang diadakan sebelum memasuki peringkat akhir.

Pasukan SMK Benut telah berlawan dengan pasukan dari SMK Seri Perhentian dengan menjuarai mata 2 – 0, kemudian seri 0-0 dengan pasukan SMK Telok Kerang, seterusnya menang 1-0 dengan MRSM di peringkat separuh akhir dan di peringkat akhir bertemu dengan SMK Dato’ Yunus Sulaiman dengan mata 1-0.

Hadiah dan Sijil telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Perhentian, Pontian.

Warga SMK Benut merakamkan salam penghargaan dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain semasa perlawanan dan terima kasih dan tahniah atas komitmen cemerlang kepada pengurus pasukan L15 dan para juru latih.   














No comments: