Wednesday, March 31, 2010

Perlawanan Sepak Takraw L18 MSSD Pontian 2010


30 Mac 2010 – Perlawanan Sepak Takraw L18 peringkat MSSD Pontian telah bermula pada hari ini di dua tempat, iaitu di Dewan Baiduri, SMK Benut dan Dewan Orang Ramai Benut bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 6.00 petang.

Sebanyak 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pontian telah menghantar peserta dalam perlawanan tersebut, iaitu SMK Benut, SMK Agama An-nur, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Telok Kerang, SMK Dato' Ali Hj Ahmad, SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, SMK Seri Perhentian dan Maktab Rendah Sains Mara, Pontian.

Perlawanan mengikut kumpulan dan dalam pusingan kalah mati. Kumpulan yang menjuarai pertandingan akan ke peringkat suku akhir dan seterusnya ke peringkat akhir.

Keputusan rasmi perlawanan ini dimenangi oleh :

Pasukan Sekolah
Keputusan
SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN
(KUMP. A)
JOHAN
SMK DATO’ ALI HAJI AHMAD    
(KUMP. A)
NAIB JOHAN
SMK DATO’ ALI HAJI AHMAD     
(KUMP. B)
KETIGA
SMK AGAMA  AN NUR                                  
(KUMP. B)
KEEMPAT

Sijil dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Rohman bin Sangkerah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut).

Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dengan cemerlang dan yang tidak berjaya, berusaha lagi di tahun hadapan. Insyaallah.

 Johan ~ Pasukan Sepak Takraw L18
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman
 Naib Johan ~ Pasukan Sepak Takraw L18 
SMK Dato' Ali Haji Ahmad

 Pengurus Pasukan Sepak Takraw L18

Urusetia Pertandingan Sepak Takraw



 Pasukan Sepak Takraw L18, SMK Benut




No comments: