Wednesday, March 31, 2010

Perlawanan Sepak Takraw L15 MSSD Pontian 2010


31 Mac 2010 – Perlawanan Sepak Takraw L15 peringkat MSSD Pontian telah bermula pada hari ini di dua tempat, iaitu di Dewan Baiduri, SMK Benut dan Dewan Orang Ramai Benut bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang.

Sebanyak 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pontian telah menghantar peserta dalam perlawanan tersebut, iaitu SMK Benut, SMA An-nur, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Telok Kerang, SMK Dato Ali Hj Ahmad, SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, SMK Seri Perhentian dan Maktab Rendah Sains Mara, Pontian.

Perlawanan mengikut kumpulan dan dalam pusingan kalah mati. Kumpulan yang menjuarai pertandingan akan ke peringkat suku akhir dan seterusnya ke peringkat akhir.

Keputusan rasmi perlawanan ini dimenangi oleh :

Pasukan Sekolah
Keputusan
SMK DATO’ ALI HAJI HASSAN      (KUMP. A)
JOHAN
SMK BENUT                                        (KUMP. B)
NAIB JOHAN
SMK BENUT                                        (KUMP. A)
KETIGA
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT   (KUMP. B)
KEEMPAT

Sijil dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Rohman bin Sangkerah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut).

Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dengan cemerlang dan yang tidak berjaya, berusaha lagi di tahun hadapan. Insyaallah.

 Pasukan Bola Sepak L15
SMK Dato' Ali Haji Ahmad
Pasukan Bola Sepak L15
SMK Benut
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga
 Keempat
 Urusetia
 Urusetia








No comments: