assalamualaikum.gif

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Selamat Datang Ke Portal Rasmi SMK Benut. Terima kasih dengan kunjungan anda. Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga Pendidik SMK Benut.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| BERSAMA MEREALISASIKAN VISI SMK BENUT GEMILANG TAHUN 2009 ||| TERIMA KASIH

Ucapan Khas Sempena Hari Guru 2008


Kepada semua warga SMK Benut, anda boleh sampaikan ucapan terima kasih atau sebagainya sempena sambutan hari guru tahun ini kepada warga pendidik SMK Benut.


Hantar Ucapan Hari Guru | Lihat Ucapan Yang Dihantar

"SELAMAT PENGANTIN BARU"


*=*=*=*=*

“Selamat Pengantin Baru”

HADIJAH BINTI HJ. MISRAN
dengan pasangannya
AZMI BIN MOHD NOR

*=*=*=*=*
RUNAIZA BINTI TUMIN
dengan pasangannya
MOHD RIDZUAN BIN MOHAMED ALI

*=*=*=*=*
ARBAEN BIN HJ. MOHD HANAFFI
dengan pasangannya
RAFIDAH BINTI HJ. RAJIMIN

*=*=*=*=*
SURAYA BINTI SHAMSUDDIN
dengan pasangannya
KAPT. MOHD KAMALUDIN BIN AB. RAHMAN

*=*=*=*=*

Warga SMK Benut mendoakan kebahagian dan berkekalan sehingga akhir hayat.
 

Kenali SMK Benut

Monday, February 25, 2008

Keputusan Rasmi Pertandingan Petanque 2008

IMGP0848.JPG



IMGP0848.JPG

25 Feb - Tahniah SMK Benut terutama kepada pasukan Lelaki 20 yang telah berjaya mendapat Johan Kategori Lelaki 20 dan Johan keseluruhan Lelaki dalam pertandingan Petanque yang diadakan pada Sabtu, 23 Februari 2008 di gelanggang petanque SMK Benut. Pelajar tersebut ialah :

Amiruddin Zaki Bin Nawawi - 6 Al Farabi
Mohd Hafiz Bin Borhanudin - 6 Al Farabi
Mohd Huzaimi Bin Raup - 6 Ibnu Rusyd

Pasukan Perempuan 20 turut mengharumkan nama SMK Benut dengan mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan ini. Mereka terdiri dari :

Norshabilah Binti Mespan - 6 Ibnu Rusyd
Nurul Ain Binti Abd Rahim - 6 Ibnu Sina
Siti Sarah Binti Zamzam - 6 Ibnu Sina

Pasukan Lelaki 20 ini akan mewakili daerah Pontian ke pertandingan peringkat daerah di Muar pada 1 Mac 2008. Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.

Thursday, February 21, 2008

SEMAKAN ONLINE PTK MAC 2008 - MESTI SEMAK!

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) MAC 2008
SISTEM SARAAN MALAYSIA

semakan.jpg

Tarikh baru peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM

PUTRAJAYA 21 Feb. – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan tarikh baru bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anjakan tarikh baru ini ke penghujung tarikh cuti akhir tahun persekolahan mulai tahun ini bertujuan mengurangkan masalah ponteng sekolah pelajar selepas musim peperiksaan.

Bagi SMPU ialah pada 24 dan 25 Jun 2008, UPSR, 9, 10, 11 September 2008, PMR, 13, 14, 15 Oktober, 4 dan 5 November 2008, STAM 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008, SPM, 12 Nov hingga 6 Disember 2008, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, LPM telah membuat beberapa kajian dan perbincangan melibatkan beberapa pihak berkepentingan, termasuk mereka yang mengendalikan peperiksaan.

- Bernama

Tuesday, February 12, 2008

Petua Cuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Hal ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Hal ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda atau cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wednesday, February 6, 2008

Kejohanan Olahraga Kali Ke-33 pada 5 Februari 2008

Renungan Minda

"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri"
         

Orang yang terpuji bukanlah orang yang pernah jatuh, tetapi orang yang telah jatuh dan dapat bangun kembali.





Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri.





Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas dan tidak ada ketinggian peribadi melainkan rajin.





Kalau anda asyik berfikir hidup ini sukar, maka sukarlah hidup anda tetapi kalau anda membina ketahanan dalam diri, maka anda akan menguasai hidup anda yang sukar itu.





Setiap orang harus dimanfaatkan menurut kemampuan mereka kerana harus diinsafi bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna.





Orang yang gagal dalam usahanya, masih tetap lebih baik daripada orang yang tidak berusaha sama sekali.





Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya dan belajar daripadanya.





Orang yang hanya tahu menerima tetapi tidak tahu memberi, tidak akan berasa bahagia di dunia ini.





Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.





Belajar tanpa berfikir amat merugikan tetapi berfikir tanpa belajar lebih berbahaya.





Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri.





Sekiranya seseorang manusia itu tidak berfikiran jauh, dia akan menyesal dengan apa yang dilakukan.





Apabila kita tidak mampu memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang kita miliki. Dunia penuh dengan pertentangan. Ada penderitaan dan kebahagian, ada cahaya dan bayang-bayang, ada kelahiran dan kematian.





Barang siapa tahu akan kesalahan sendiri, dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapa pun.





Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi, penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri.


*=*=* "Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri" =*=*

 

Aduan @ Cadangan




Hantar Aduan Di Sini

Lihat Aduan Dihantar

Anda juga boleh membuat aduan, cadangan atau pendapat untuk menambahbaikan pentadbiran SMK Benut melalui sistem SMS
Caranya :
Tekan : PPDPA[kod sekolah] jarak [aduan] dan hantar kepada 33886
Contoh :
PPDPAJEE6017 jarak [Aduan anda] dan hantar sms kepada 33886

Prihatin

Prihatin

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor. E-mail : smkbenut_jhr@yahoo.com TEL : 07-6903254 FAX : 07-6906613
View my complete profile

PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2008