Tuesday, May 23, 2017

PERTANDINGAN “E-CRIME PREVENTATION EDUCATION(E-CPE) " DAERAH PONTIAN



23 Mei 2017 : Kelab Pencegahan Jenayah SMK Benut telah berjaya menghantar tiga orang peserta dan wakil dalam menyertai pertandingan akhir “E-CRIME PREVENTATION EDUCATION(E-CPE) peringkat daerah Pontian pada hari Selasa , 23 Mei 2017 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian. Hasil usaha gigih guru pembimbing dan murid, akhirnya SMK Benut telah memperolehi kejayaan tempat kelima dalam pertandingan tersebut dan tersenarai sebagai sekolah yang terbaik bagi daerah Pontian.

Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :


      Ain Aqilah Binti Kamaludin
      Siti Zulaikha Binti Mohd Lizam
      Nurul Syaza Binti Tapak

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada pihak sekolah dan menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan kelak.



Monday, May 22, 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

21 Mei 2017: Satu majlis penganugerahan guru-guru cemerlang dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 telah dijalankan pada hari ahad (21 Mei 2017) di Dewan, SMK Dato’ Penggawa Barat. Guru-guru ini telah diberi sijil simpanan premium berjumlah RM1000 tanda penghargaan atas kecemerlangan dan usaha gigih yang ditunjukkan. Antara guru-guru yang dianugerahkan APC pada tahun 2016 ialah :


1.      Pn Jamaliah bt Abd Rahim
2.      Pn Noor Hidayah bt Salamat
3.      Pn Suhailina bt Mohd Ikhwan
4.      Pn Fadak bt Bachok
5.      Pn Hjh Siti Murni bt Samsuri
6.      Cik Noormala bt Mahmood
7.      En Mohd Usri bin Abu Nawal
8.      Pn. Asiah bt Aziz


Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah dianugerahkan APC bagi tahun 2016. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan akan menjadi pemangkin serta dorongan kepada semua guru SMKB untuk lebih maju jaya di masa hadapan.













Sunday, May 21, 2017

Pertandingan Catur MSSD Pontian



15, 17 -18 Mei 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Catur MSSD Pontian selama tiga hari (15, 17 dan 18 Mei 2017). Pertandingan Catur ini diadakan di SMK Parit Betak. Dua pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu L18 dan P15 disertai seramai 12 peserta. Hasil usaha gigih guru dan peserta, kategori L18 telah memenangi tempat ke enam dan johan manakala P15 telah memenangi tempat ke lima dan johan kategori. Lebih manis lagi, kemenangan L18 merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut. Berikut adalah nama pemenang bagi pertandingan tersebut :

L18

Johan


Khairulhazmi bin Bahrom
Ke 6
Muhammad Azamuddin bin Bahtiar Afandi
P15

Johan


Ho Li Xiang
Ke 5
Loh Hui Li



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Catur SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.







Thursday, May 18, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Benut 2017

TARIKH : 16 Mei 2017 (SELASA)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Sambutan Haari Guru  2017  telah diadakan dengan jayanya pada 16 Mei 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif sambutan ini diadakan adalah untuk :

1.     Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan pembangunan Negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
2.     Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
3.     Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru
4.     Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru
5.     Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dengan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan


Majlis dimulakan dengan peraarakan masuk guru-guru SMK Benut ke dalam Dewan Baiduri. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar. Kemudian, bacaan perutusan disampaikan oleh GPK HEM, En Ariffin bin Bajuri dan GPK Pentadbiran, Pn Roby bt Abd Hamid. Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan ikrar hari guru diketuai oleh En Arbain bin Miswan selaku Pengerusi KEBIRU SMK Benut, diikuti nyanyian lagu Guru Malaysia dan upacara potong kek. Persembahan guru dan murid disambung pula selepas murid dan guru dibenarkan rehat. Pada majlis tersebut, sebanyak 10 persembahan melibatkan guru-guru dan murid-murid telah dijalankan. Majlis bersurai tepat jam 1.30 petang. Murid-murid diarahkan solat Zohor dan guru-guru menikmati sedikit jamuan sempena sambutan Hari Guru  pada kali ini.

Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Hari Guru bagi tahun ini. Diharap sambutan ini dapat dikekalkan sebagai tanda terima kasih di atas segala jasamu ‘GURU’.


“Guru Pembina Negara Bangsa”

























Sukaneka Hari Guru

14 Mei 2017: Kelab Bilik Guru SMKB telah berjaya mengadakan pertandingan sukaneka sempena Hari Guru bagi tahun 2017 pada hari Ahad 14 Mei 2017. Pertandingan sukaneka ini diadakan di Sanggar Koko & Padang Sekolah, SMKB. Pertandingan tersebut dijalankan pada pukul 3 petang yang mana melibatkan enam acara iaitu, tembak belon, sepak yem, boling kelapa, makan buah epal, make-up tutup mata dan baju dari surat khabar. Guru-guru dibahagikan kepada 8 kumpulan dalam pertandingan tersebut. Pemenang dalam pertandingan tersebut ialah :

1)       Kumpulan Rajawali
2)       Kumpulan Merak
3)       Kumpulan Burung Hantu
4)       Kumpulan Gagak
5)       Kumpulan Cenderawasih
6)       Kumpulan Raja Udang
7)       Kumpulan Jalak
8)       Kumpulan Merpati

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang Berjaya dan telah memberi komitmen dalam pertandingan tersebut. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.




















Wednesday, May 17, 2017

Pertandingan Badminton Sempena Hari Guru

11 Mei 2017: Kelab Bilik Guru SMKB telah berjaya mengadakan pertandingan badminton sempena Hari Guru bagi tahun 2017 pada hari Khamis 11 Mei 2017. Pertandingan Badminton ini diadakan di Dewan Baiduri, SMKB. Pertandingan tersebut dijalankan pada pukul 3 petang yang mana melibatkan dua kategori iaitu pertandingan badminton bagi guru perempuan dan guru lelaki. Antara pemenang dalam pertandingan tersebut ialah :

Kategori Guru Perempuan

1)      Johan  - Lau Bee Teing & Hafizah bt Abdullah
2)      Naib Johan  - Siti Norazlikha bt Zelkepli & Siti Ezainora bt Kasiran
3)      Ketiga – Nur Hidayat bt Senen & Norazizah bt Kayat
4)      Keempat – Jamaliah bt Abd Rahim & Siti Arfa bt Bachok

Kategori Guru Lelaki

1)      Johan  - Mohd Khairil Azham & Ismail Ali
2)      Naib Johan  - Mohd Fadhli & Mohd Hafiz
3)      Ketiga – Mohd Arbain & Yusof Jasman
4)      Keempat – Abdul Rahman & Mohd Irwan Shah
Tahniah diucapkan kepada semua guru yang Berjaya dan telah memberi komitmen dalam pertandingan tersebut. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.