Monday, August 31, 2015

Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan 2015


31 Ogos: Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan telah dijalankan pada 28 - 31 Ogos 2015 anjuran SMK Dato' Penggawa Barat, Sekolah Berprestasi Tinggi. SMKB telah menghantar seramai 9 orang peserta dalam festival berkenaan dengan guru pengiring En. Khairul Zainal dan Pn. Normaslina.

Seramai 500 peserta ahli pengakap daripada seluruh Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia dan sekolah-sekolah jemputan di daerah Pontian telah dijemput untuk menyertai festival ini yang turut bersempena dengan sambutan Jubli Emas SMK Dato' Penggawa Barat.

Dalam aturcara festival berkenaan beberapa acara telah dijalankan dan SMKB telah meraih beberapa kejayaan. Antara kejayaan yang diperoleh:
  1.  7 orang menerima anugerah emas
  2. 2 orang johan kebangsaan pertandingan simpulan dan ikatan
  3. 3 orang mendapat tempat ke-3 pertandingan kolai kebangsaan
  4. seorang mendapat tempat ke-4 pertandingan kuiz kebangsaan
  5. 2 orang mendapat tempat ke-4 pertandingan buku skrap
Tahniah kepada pasukan pengakap dan guru pengakap atas kejayaan yang diperoleh. SMKB "We Are The Best"



 

Sunday, August 30, 2015


Tahniah! Smk Benut
Persembahan Rekod Dunia "Largest Silat Lesson"
Silat Cekak Pusaka Hanafi

29 Ogos 2015 (Sabtu) : Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar Smk Benut kerana menjadi sebahagian daripada peserta yang berjaya mencipta rekod dalam Guinness World Records. Rekod " Largest Silat Lesson" dengan penyertaan sebanyak 97 orang pelajar Smk Benut daripada 12, 393 orang pesilat dan pelajar sekolah serta IPT dari seluruh Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka telah melakar sejarah sekali gus memartabatkan seni pencak silat negara.  

Kejayaan rekod baharu itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta wakil rasmi Guinness World Records, Fortune Burke.

Pencapaian yang diraih  ini harus dibanggakan kerana bukan mudah bagi mana-mana pihak memahat nama dalam rekod dunia terutamanya Guinness World Records dengan penyertaan yang ramai. Persembahan "Largest Silat Lesson" telah diketuai oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi dan ikuti oleh sebanyak 12,393 orang peserta. Segala pergerakan harus dilakukan dengan serentak dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit dengan alunan muzik tradisional yang perlu dimainkan secara langsung. 

Sedikit sebanyak dengan penyertaan ini dapat menyuntik semangat baharu kepada para pelajar Smk Benut untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang bersifat holistik.  Tahniah diucapkan. We Are The Best !

 

 
 





 
 
 
 
 
 


Thursday, August 20, 2015

Dialog Prestasi 9 Peperiksaan Pertengahan Tahun Calon SPM 2015 SMKB Bersama KPPD dan Pegawai-pegawai PPD Pontian

20 Ogos 2015: Dialog Prestasi 9 Peperiksaan Pertengahan Tahun Calon SPM 2015 SMKB Bersama KPPD dan 15 orang Pegawai-pegawai PPD Pontian telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie SMKB.

Dalam ucapan alu-aluan Tuan Pengetua, beliau berterima kasih atas kehadiran KPPD dan Pegawai-pegawai PPD kerana memilih SMKB dalam membantu pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian SPM 2015 dan seterusnya mengorak langkah bagi mencapai ke arah pencapaian Band 4 kepada Band 3.

Pembentangan Dialog prestasi SMKB telah disampaikan oleh Pn. Roby Binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMKB. Sepanjang pembentangannya, KPPD dan pegawai-pegawainya telah menyarankan beberapa tindakan untuk menangani isu-isu yang berbangkit. 

Untuk makluman, dialog prestasi adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Dialog Prestasi akan menjadi agenda utama pertemuan PPD dengan guru-guru yang mana kaedah Taklimat dan Mesyuarat dikurangkan. Diaolog lebih bersifat dua hala dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan melaksanakan aktiviti bersumberkan data. 









Monday, August 17, 2015

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Asrama Asli SMKB


12 Ogos 2015 : Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Asrama Asli SMKB telah diadakan di Dewan Makan Asrama dengan dihadiri oleh Pengetua, Semua Pentadbir, penyelia asrama, warden asrama dan guru-guru ajk asrama.

Program dimulakan dengan solat isyak berjemaah di surau asrama. Setelah selesai tetamu dan pelajar bergerak ke dewan makan dan bermarhaban sebelum jamuan. 

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mewakili ajk pentadbiran asrama memohon maaf zahir dan batin kepada semua warga asrama. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat bertemu lagi pada aidil fitri tahun hadapan.