Monday, July 27, 2015

Hari Terbuka SMKB 2015

  
2 Julai 2015: Satu lagi program kurikulum telah dijalankan dengan mengadakan Hari Terbuka 2015. Antara objektif program ini adalah bagi mengesan dan seterusnya menagani masalah pembelajaran murid hasil pertemuan guru tingkatan, guru mata pelajaran bersama ibu, bapa dan penjaga.

Hari terbuka kali ini dijalankan dengan  menempatkan murid calon SPM 2015 di Dewan Baiduri. Fokus bagi calon SPM adalah untuk memastikan ETR semua murid tercapai. Ibu, bapa diberikan taklimat khas oleh Pn. Roby (GPK Pentadbiran SMKB) berkaitan halatuju calon yang mesti diikuti menjelang peperiksaan sebenar nanti.

Sila klik di sini untuk gambar sekitar Hari Terbuka SMKB.

Program Sambutan Majlis Iftar Asrama Asli SMKB 2015

13 Julai 2015: Majlis Iftar Asrama Asli SMKB telah dijalankan dengan turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, barisan pentadbir, penyelia asrama, warden asrama dan pembantu warden asrama.

Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan sebelum berbuka puasa ringan dan solat maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib barulah majlis berbuka dengan hidangan berat diadakan di dewan makan asrama.

Selesai majlis berbuka tuan pengetua berbesar hati untuk menyampaikan ucapan ringkas sempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang.

Majlis diakhiri dengan moreh setelah selesai solat isyak dan tarawih berjemaah di surau sekitar jam 10.30 malam.

Sila klik di sini untuk gambar seterusnya.

Wednesday, July 15, 2015

Aktiviti Pembasmian Aedes SMK Benut

12 Julai 2015: Perhimpunan rasmi kali ini merupakan perhimpunan kokurikulum yang dikendalikan oleh Pueri Islam. Dalam perhimpunan kali ini satu program 5 minit telah dijalankan berkaitan membenteras aedes.Program ini dijayakan oleh ahli dari Skuad Penghapusan Aedes SMKB.

Antara yang disampaikan dalam program tersebut ialah cara bagaimana untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dan tanda-tanda seseorang dijangkiti demam denggi.

Demam Denggi

Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.






 

Sunday, July 5, 2015

Selamat Bertugas Di Tempat Baru En. Zulnuraini

2 Julai 2015: Pada hari ini merupakan hari terakhir En. Zulnuraini Bin Hj. Zohdi bertugas atas jawatan GPK Kokurikulum di SMKB.

Bermula 5 Julai 2015 beliau akan bertugas di SMK Parit Betak dengan menjawat jawatan GPK Hal Ehwal Murid. Tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat. Semoga En. Zulnuraini akan terus cemerlang ditempat baru.

Sepanjang beliau berada di SMKB banyak sumbangan-sumbangan yang telah diberi terutamanya dalam mengharumkan nama SMKB dibidang Kokurikulum.


Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Terima kasih En. Zulnuraini.

Sila klik di sini untuk gambar majlis perpisahan En. Zulnuraini. 

Wednesday, July 1, 2015

Sarana Ibu Bapa : Bubur Lambok Untuk Semua Warga SMKB

1 Julai 2015: Satu program Sarana Ibu Bapa telah dijalankan bagi menyediakan dan seterusnya mengedarkan bubur lambok sempena Ramadhan. Pasukan memasak dan mengagih ini diketuai sendiri oleh YDP PIBG, En. Aros Bin Ibrahim.

Sebanyak 6 periuk besar disediakan bagi tujuan pengagihan 1300 orang murid dan semua kakitangan SMKB.

Terima kasih kepada jawatankuasa yang menggerakkan aktiviti ini dengan jayanya.