Tuesday, April 25, 2017

Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) Fasa 2, Tahun 2017 & Taklimat SKPMg2 bil 2/2017

25 April 2017:  Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) Fasa 2, Tahun 2017 & Taklimat SKPMg2 bil 2/2017 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie.

Untuk slot pertama, taklimat berkaitan BOSOT telah disampaikan oleh Cik Kumuthamallar untuk 55 orang guru yang terpilih. BOSOT adalah latihan secara dalam talian selama 30 hari yang menerangkan tentang konsep BOS dan mendedahkan kepada peserta untuk mempraktikkan pemikiran kreatif . Antara objektif yang ingin dicapai daripada BOSOT: Memahami prinsip dan konsep strategi lautan biru, mengaplikasi strategi dan kaedah strategi lautan biru serta menghasilkan penjawat awam yang kreatif dan inovatif. 

Dalam slot ke-2 pula taklimat berkaitan SKPMg2 bil 2/2017 telah disampaikan oleh Pn. Roby binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMKB. Dalam taklimat kali ini beliau menerangkan kepada semua warga sekolah berkaitan aspek yang akan dinilai oleh ahli Pasukan Pelaksana Standard (PPS) kerana semua guru dan termasuk AKP telah dinamakan sebagai ahli PPS bagi melengkapkan SKPMg2.










Jom Baca Bersama 10 minit

25 April 2017: Program "Jom Baca Bersama 10 minit" telah dijalankan untuk semua warga SMKB tepat jam 11.00-11.10 pagi. Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. 

Jom Baca Bersama 10 Minit berjalan serentak di 14 negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit adalah inspirasi daripada kempen Earth Hour tahun 2010 yang mengajak orang ramai supaya memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon.


 







Mesyuarat AJK PIBG bil 1/2017

23 April 2017: Mesyuarat AJK PIBG bil 1/2017 telah dijalankan di Bilik Gerakan SMKB. Beberapa isu terutamanya dalam membuat beberapa perancangan untuk menambah dana bagi membolehkan PIBG bergerak aktif dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan murid samada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum telah dibincangkan.

Selain membuat perancangan untuk menambah sumber kewangan, mesyuarat bagi penggal baru dengan YDP yang baru ini juga telah membincangkan berkaitan isu prasarana.

Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri

23 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform (Kadet Remaja Sekolah)  mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri pada 23 April 2017 (Ahad). Pertandingan Kawad Kaki peringkat negeri ini diadakan di Perling Mall, Johor Bharu. Hasil usaha gigih guru dan murid, pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) SMK Benut telah memenangi tempat ketiga kategori tersebut mewakili Daerah Pontian.

Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
Johan              – SMK Permata Jaya, Batu Pahat
Naib Johan      – SMK Pasir Gudang
Ketiga             – SMK Benut

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan













Pertandingan Scrabble Daerah Pontian


20 April 2017: Bidang Bahasa SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Scrabble (Upper Secondary) District Level Champion. Pertandingan Scrabble ini diadakan di SMK Sri Perhentian, Pontian. Dua orang wakil murid SMKB telah dibawa ke pertandingan ini iaitu Mohd Azri Anwar dan Mohd Fikri Yusof. Hasil usaha gigih guru dan peserta, kedua orang wakil murid SMKB telah menjadi juara dengan mengumpul mata sebanyak 842. Berikut adalah senarai keputusan pertandingan scrabble tersebut:

SEKOLAH
PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3
JUMLAH
SMK BENUT
254
281
307
842
SMK TELUK KERANG
268
287
237
792
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT
239
303
243
785
SMK TAN SRI OSMAN SAAD
277
220
268
765
SMK SRI KUKUP
219
263
255
737
SMK DATO MOHD YUNOS SULAIMAN
198
226
282
706
SMK SRI TANJUNG
246
230
177
653

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan MURID atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan scrabble SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.

Friday, April 21, 2017

Taklimat Khas PBPPP Oleh GPK Pentadbiran

20 April 2017: Satu taklimat khas kepada semua guru telah disampaikan oleh Pn. Roby Binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMK Benut. Dalam taklimat tersebut, Pn. Roby telah menjelaskan secara terperinci berkaitatan aspek-aspek yang akan dinilai oleh Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai ke-2 (PP2). Beliau juga menerangkan kaedah penulisan yang betul untuk mengisi borang keberhasilan.