Monday, March 26, 2012

Amanat Khas Tuan Pengetua Kepada Para Atlet SMK Benut



26 MAC 2012 – Amanat Khas Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) kepada para atlet SMK Benut yang akan menyertai pertandingan Olahraga MSSD Pontian bermula pada petang ini 26 Mac 2012 dan berakhir pada 29 Mac 2012. Pertandingan ini diadakan bertempat di padang SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian.

Beliau mengharapkan para atlet mempunyai semangat berjuang dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam acara yang dipertandingkan. Beliau turut memaklumkan akan menimbangkan pemberian imbuhan dan penghargaan kepada atlet yang berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan ini mengikut kemampuan kewangan sekolah. Akhir sekali, para atlet pandai menjaga diri dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam setiap pertandingan.

Warga SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada para atlet SMK Benut.








Taniah PSV SMK Benut 2012



26 MAC 2012 – Tahniah dan syabas kepada seramai 3 orang pelajar SMK Benut yang mendapat tempat NAIB JOHAN dalam Pertandingan Seni dan Rekacipta Bahan Kitar Semula. Pertandingan ini diadakan bertempat di Galeri Seni Yayasan Warisan Johor, Johor pada hari Sabtu, 24 Mac 2012 yang lalu.

Pertandingan ini diwakili oleh LUA WEI YUAN (5 IBNU RUSYD), SYUHADAH BINTI ABDULLAH (5 IBNU SINA) dan NUR AMIRA SHAFIQAH BINTI MD ZAHRIN (5 IBNU SINA). Pertandingan ini dibuat secara langsung selama 4 jam secara berkumpulan. Sebanyak 19 buah sekolah di negeri Johor menyertai pertandingan ini.

Kemenangan ini amat bermakna kerana pertandingan ini merupakan kemenangan PERTAMA Pendidikan Seni Visual pada tahun 2012. Seterusnya, turut mengalahkan Sekolah Seni Johor dan persiapan serta latihan yang begitu singkat. Tahniah dan terima kasih kepada Encik Roslan Bin Idris selaku guru pembimbing dan juga guru pengiring yang terus memastikan kejayaan setiap pertandingan yang disertai.

Tahniah diucapkan sekali lagi.








Sijil Penghargaan Pencapaian Terbaik STPM 2011



26 MAC 2012 – Majlis khas penyampaian Sijil Penghargaan Pencapaian Cemerlang STPM 2011 yang lulus 100 % daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini semasa perhimpunan Mingguan Kali ke-12 di Dataran Baiduri, SMK Benut.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah menerima sijil penghargaan tersebut dengan diiringi oleh Tuan Haji Ab Razak Bin Nasiran (Penolong Kanan Tingkatan Enam).
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Prauniversiti sesi 2010/2011 yang berjaya dengan cemerlang dalam STPM 2011. 




Thursday, March 22, 2012

Tahniah SMK Benut dan Pelajar SPM 2011


21 MAC 2012 – Seramai 179 orang pelajar Tingkatan 5 tahun 2011 telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Prestasi Analisis Pencapaian Keputusan SPM 2011 yang diperoleh pada hari ini amat membanggakan kepada warga SMK Benut. Pencapaian Keseluruhan Sekolah sebanyak 96.6 %  manakala Gred Purata Sekolah (GPS) mendapat 4.84

Prestasi Pencapaian Keputusan SPM 2011 ini turut mencatat kebanggaan apabila sebanyak sembilan mata pelajaran mencapai peningkatan lulus 100%. Antara mata pelajaran tersebut, iaitu GEOGRAFI, PENDIDIKAN SENI VISUAL, MATEMATIK TAMBAHAN, PRINSIP PERAKAUNAN, EKONOMI ASAS, ICT, FIZIK, BIOLOGI dan PENGETAHUAN SAINS SUKAN.

Tahniah kepada warga SMK Benut yang telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Khas daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dalam pencapaian Cemerlang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011.

Antara anugerah yang diterima, iaitu daripada Jabatan Pelajaran Daerah Pontian. Manakala 4 anugerah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, iaitu
1.      Anugerah Lonjakkan Saujana GPS 0.89
2.      Anugerah Penghargaan Peningkatan Peratus Tiga Tahun Berturut-turut.
3.      Anugerah Penghargaan Peratus Tertinggi Sekolah Harian (96.65%)
4.      Anugerah Penghargaan Anjakan GPS Tertinggi Sekolah Harian 5.30 (2010) kepada 4.84 (2011).
5.      Anugerah Penghargaan GPS Terbaik Sekolah Harian (4.84).

SMK Benut turut mendapat tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut sekolah PARLIMEN PONTIAN dan tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan BENUT.

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Benut dan pelajar SPM 2011 yang memastikan kecemerlangan SMK Benut yang berterusan.









Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Pelajar SPM 2011



21 MAC 2012 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 13 orang pelajar Tingkatan Lima Tahun 2011 yang mencapai Kecemerlangan Terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011 yang telah diperoleh pada hari ini.

Slip Keputusan SPM 2011 kepada pelajar cemerlang ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) di Dewan Baiduri, SMK Benut pada pagi ini.

Berikut senarai pelajar yang berjaya mencapai tahap Kecemerlangan Akademik. SPM 2011 :

Bil
Nama Pelajar
Pencapaian SPM 2011
Kelas Tahun 2011
1
CHUA JING ZHE
9A
5 IBNU SINA
2
MOHD AZWAN BIN MOHD ISMAIL
8A
5 IBNU SINA
3
MUHAMAD ANUAR BIN MASNAN
7A
5 IBNU SINA
4
NORHIDAYAH BINTI ELIAS
7A
5 IBNU KHALDUN
5
FARAH ADILLA BINTI LABDULARASID
7A
5 IBNU KHALDUN
6
NURIZZATY BINTI YAZID
7A
5 AL-FARABI
7
NUR ATIQAH BINTI NASIS
6A
5 IBNU SINA
8
LEA HUI SHAN
6A
5 IBNU SINA
9
NURAYUNI BINTI RUSLI
6A
5 IBNU RUSYD
10
NUR EZATUL SHIMA BINTI MOHD ISMAIL
6A
5 IBNU KHALDUN
11
NUR FARA EZATUL SHIMA BINTI MOHD ISMAIL
6A
5 IBNU KHALDUN
12
DAYANG SUHAELLA BINTI MISNON
6A
5 IBNU KHALDUN
13
ROSDIANA BINTI MUHAMAD SALEM
6A
5 AL-FARABI


Bagi pelajar SPM 2011 yang lain turut diucapkan tahniah dengan pencapaian yang diperoleh. Buatlah pilihan terbaik untuk peringkat seterusnya bagi menentukan hala tuju sama ada meneruskan pelajaran atau ke alam pekerjaan.