Tuesday, October 31, 2017

Majlis Mohon Restu & Jamuan Akhir Tahun Calon SPM 2017

31 Oktober 2017: Majlis Mohon Restu dan Jamuan Calon SPM 2017 telah dijalankan di Dewan Baiduri secara sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Tuan Pengetua. Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengharapkan agar semua calon SPM sentiasa dalam keadaan yang bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Beliau juga mengingatkan agar dapat memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dijaga supaya tidak mengganggu penumpuan calon sewaktu peperiksaan sedang berlangsung.
Selesai ucapan tuan pengetua, semua murid bersalam-salaman sambil memohon restu kepada semua pentadbir dan guru-guru matapelajaran mereka. Semoga semua calon SMKB akan beroleh kejayaan yang cemerlang. "SMKB, We Are The Best"




















 

Monday, October 30, 2017

Selangkah Ke Universiti

Majlis Graduasi Prauniversiti

Sesi 2016/2017 

kali ke-7



24 Oktober (Selasa): Majlis Graduasi Prauniversiti merupakan salah satu program yang diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar tingkatan enam senior sebelum meninggalkan alam persekolahan dan melangkah  masuk ke universiti. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor). Turut hadir semasa majlis berlangung YDP PIBG En. Abd Razak bin Ariff, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Benut Pn. Hjh. Rohani binti A. Manaf, Guru Penolong Kanan Pn. Roby binti Hj. Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Abdul Razak bin Nasiran, Guru HEM En. Ariffin bin Bajuri dan barisan tenaga pengajaran tingkatan enam. 

Rasionalnya, majlis ini berlangsung untuk menghargai tenaga pengajar tingkatan enam dan pelajar Prauniversiti yang bakal menghadapi peperiksaan STPM pada november ini. Majlis ini menjadi wadah pertemuan, perbincangan dan pemuafakatan antara pelajar Prauniversiti dengan ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan pelajar. Selain itu juga majlis ini dapat menyuntik semangat motivasi agar dapat menghadapi peperiksaan STPM dengan tenang, yakin dan seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. We AreThe Best!


Saturday, October 28, 2017

Rantaian Kasih Qiamullail Calon SPM 2017

25 Oktober 2017: Satu Program Rantaian Kasih Qiamullail Calon SPM 2017 telah dijalankan di Asrama Asli SMKB. Seramai 100 orang murid dengan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru, warden dan penyelia asrama telah terlibat.

Berikut adalah tentatif aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut dijalankan:


Tarikh
Masa
Aktiviti
Pakaian

5.30 – 6.00 ptg
Pendaftaran
·         Baju Melayu / Baju kurung
 25/10/17
6.00 – 6.30 ptg
Taklimat asrama dan masuk ke dorm
·         Tudung biasa
(Khamis)
6.30 – 7.00 ptg
Makan malam
·         Kasut sekolah / ’sandle’

7.00 – 8.00 mlm
Solat Magrib dan bacaan Yassin


8.00 – 10.00 mlm
Solat Isyak
Tazkirah : Pengorbanan Ibu bapa
Ustaz Haji Sadini bin Haji Sujak (penceramah jemputan)


10.00 – 10.30 mlm
Minum malam


10.30 mlm
Tidur

26/10/17
3.30 – 4.00 pagi
Mandi

(Jumaat)
4.00 – 6.00 pagi
Qiamulaillail – Solat sunat tahajjut, tasbih, taubat, dan hajat
·         Baju Melayu /Baju kurung
·         Tudung biasa
·         Kasut sekolah / ’sandle’

6.00 – 7.00 pagi
Solat Subuh dan Tazkirah

7.00 – 7.30 pagi
Sarapan pagi

7.30 – 8.00 pagi
Mengemas beg dan dorm

8.00 pagi
Bersurai