Monday, April 25, 2016

PLC: Pengajaran Abad ke-21 Bidang Matematik & Sains


25 April 2016: Bidang Matematik dan Sains telah menjalankan PLC Pengajaran Abad ke-21 dengan bimbingan tiga orang pegawai SISC+  PPD Pontian En. Yusaini, En. Ahmad Nizam dan En Shamsairi di Bilik Gerakan SMKB.

PLC ini dijalankan bagi memastikan setiap guru matematik dan sains akan membudayakan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) melalui pemantapan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran.

Antara objektif yang disasarkan daripada PLC ini:
  • Membangunkan kompetensi guru-guru supaya lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan.
  • Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Matematik Sains khususnya  kreativiti dalam P&P.
  • Melahirkan modal insanmasahadapan yang mempunyaipemikirankreatif,  kritisdaninovatif.
  • Menggalakkan guru membuat perancangan dari segi bahan yang hendak digunakan bagi menarikminat murid dalam PdP Matematik.
  • Supaya guru dapat memberi pemahaman konsep yang jelas dengan mengaitkan isi kandungan dengan kehidupan seharian murid dan pengalaman mereka
  • Meningkatkan pencapaian Sains dan Matematik ke tahap yang lebih cemerlang













Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik SMKB


24 April 2016: Majlis pelancaran bulan Sains dan Matematik SMKB telah disempurnakan oleh Pn. Roby Binti Abd Hamid (GPK Pentadbiran SMKB).

Berbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan penghayatan ini yang akan berakhir pada 24 Mei 2016. Semoga usaha yang dijalankan oleh Bidang Matematik dan Sains ini akan diterjemahkan dengan menarik minat semua murid utuk mendekati matematik dan sains dan seterusnya meminatinya

Antara objektif penganjuran Bulan Matematik dan Sains:
  • Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar SMKB dalam peperiksaan.
  • Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
  • Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar untuk melakukan hands-on eksperimen melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  • Mengaplikasi ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

Wednesday, April 20, 2016

Latihan Kebakaran (Fire Drill )


20 April 2016 (Rabu): Sebuah latihan kebakaran telah diadakan bersama-sama lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian, Para Pelajar dan guru-guru diarahkan berkumpul di padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Guru tingkatan mengambil kedatangan pelajar bagi memastikan setiap pelajar selamat. Pelajar juga didedahkan dengan demonstrasi menyelamatkan pelajar dari kebakaran yang berpunca dari bilik makmal. Seterusnya pelajar diberikan taklimat mengenai keselamatan dan kebakaran di dalam Dewan Baiduri.






Tuesday, April 19, 2016

Mesyuarat Agung Koperasi SMKB Sdn. Bhd Kali ke-37

19 April 2016: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Benut Sdn Bhd. telah diadakan di Dewan Baiduri SMKB.
Setiausaha koperasi Pn. Rahmah telah membentangkan laporan tahunan koperasi dan minit mesyuarat yang lalu. Laporan tahunan beserta laporan kewangan telah dikemukakan dan dterima semua ahli koperasi. Anggaran belanjawan bagi tahun 2016 juga turut dibentangkan oleh Pn. Sri Mas Zarith selaku bendahari koperasi dan telah diterima dah disahkan.

Agenda seterusnya ialah pemilihan Ahli Lembaga Koperasi serta pemilihan Juruaudit Dalaman yang dipilih daripada kalangan pelajar sendiri. Segala usul yang dikemukakan oleh ahli- ahli koperasi yang hadir dipersetujui sebulat suara. Mesyuarat Agung tersebut telah berakhir pada pukul 1.50 petang dengan jayanya.

Sunday, April 17, 2016

PLC: Bengkel Pembinaan e-RPH VLE Untuk Semua Ketua Panitia

17 April 2016: Pembinaan e-RPH VLE telah diperluaskan perlaksanaannya kepada Ketua Panitia. Dalam taklimat pembukaan oleh Pn. Roby (GPK Pentadbiran) beliau memaklumkan bahawa sebelum ini pentadbir dan guru-guru tingkatan 6 telah menjalani pilot test bermula awal Mac yang lalu. Kini tibalah masanya pilot test ini diperluaskan kepada semua Ketua Panitia.

Dalam perbengkelan yang disampaikan oleh En. Ariffin (GPK HEM) dan dibantu oleh jurulatih Pn. Mazura, Pn. Emalina serta semua Guru-guru kanan Matapelajaran, beliau menyampaikan langkah-langkah yang perlu dibuat secara satu persatu sehinggalah RPH dapat dipaparkan dalam akaun VLE masing-masing.

Buat masa sekarang semua ketua Panitia akan menjalani tempoh percubaan dan seterusnya bermula pada 2 Mei 2016, semua Ketua panitia, Guru-guru Tingkatan 6 serta Pentadbir akan menggunakan e-RPH VLE sepenuhnya.

Semoga dengan inisiatf ini akan merangsang guru-guru menggunakan VLE dan secara tidak langsung peratus penggunaan VLE akan meningkat.