Thursday, September 28, 2017

Majlis PDRM Bersama Penghuni Asrama Asli SMKB 2017

25 September 2017 : Satu majlis PDRM Bersama Penghuni Asrama Asli SMKB 2017 telah dijalankan di Dewan Makan Asrama. ASP Zainal Abidin Bin Musa telah sudi hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tuan Pengetua, GPK HEM, Penyelia Asrama, Warden Asrama, AJK Disiplin dan Guru Bimbingan & Kaunseling.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Tuan ASP Zainal Abidin, beliau mengingatkan dengan tegas supaya semua murid sentiasa berfikiran waras agar dapat membendung daripada tindakan luar kawalan. Jauhi rokok merupakan langkah paling rapat untuk menghidarai diri daripada terjebak dalam najis penyalahgunaan dadah. Selain itu hormatilah hak orang lain supaya dapat hidup dalam masyarakang harmoni.











Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kajian Kemasyarakatan dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60

27 September 2017: Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kajian Kemasyarakatan dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 telah dijalankan di Dewan Baiduri SMK Benut. 


Berbagai aktiviti telahpun dijalankan sepanjang program yang bermula pada 1 Ogos 2017. 


Dalam ucapan perasmian penutup oleh tuan pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada Bidang Sains Kemasyarakatan kerana telah berjaya melaksanakan berbagai aktiviti dengan jayanya sepanjang tempoh program dijalankan. 


Sebagai rujukan, matlamat dan objektif penganjuran adalah sebagaimana berikut:


Matlamat:
Meningkatkan semangat patrriotisme, setia negara dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar.



Objektif:
  1. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga SMK Benut
  2. Mendidik dam membina warga sekolah ke arah mempunyai rasa cinta kepada negara.
  3. Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat. 

Wednesday, September 27, 2017

Aktiviti COMBI SMK Benut 2017

27 September 2017: Aktiviti "Evaluation of Communication for Behavioral Impact (COMBI)" SMK Benut telah diadakan dengan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti ini merupakan anjuran Pusat Kesihatan Pontian dengan kerjasama Skuad COMBI sekolah. Semua murid tingkatan 4 seramai 151 orang telah terlibat untuk menjayakannya.

Aktiviti gotong royong ini dibahagikan kepada 4 zon dengan setiap kumpulan mengandungi 10 orang murid. Mereka dikehendaki membersihkan kawasan berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk. Untuk lebih menarik lagi, kumpulan yang berjaya mengutip bahan-bahan yang dikategorikan sebagai bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan nayamuk yang paling banyak akan diberikan sebuah hamper.

Kerjasama yang diberikan oleh semua murid amat menggalakkan sekali. Semoga semua murid yang terlibat akan memahami keperluan membersihkan kawasan dan seterusnya akan mengurangkan kebarangkalian demam denggi.





















Sunday, September 24, 2017

Majlis Awal Muharam 1439H Asrama Asli SMKB

21 September 2017: Majlis sambutan awal Muharam 1439H telah diadakan di surau asrama SMKB dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd Fauzi. Aktiviti ini merupakan aktiviti rutin asrama dalam kalender tahunan. Turut hadir ialah Tuan pengetua, barisan pentadbir, penyelia asrama, warden dan pembantu-pembantu warden.

Aturcara dimulakan dengan bacaan yassin seterusnya doa akhir tahun, solat maghrib, doa awal tahun, bacaan yassin, tazkirah ringkas berkaitan hijrah, solat isyak dan berakhir dengan jamuan ringkas.

Antara objektif aktiviti ini ialah:
  1. Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa penghijrahan
  2. Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah itu
  3. Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah