Wednesday, February 29, 2012

Tahniah Pasukan Petanq SMK Benut MSSJ 2012


27 Februari 2012 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Petanq Kategori Lelaki dan Kategori perempuan yang berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan Kejohanan Petanq Piala Angkasa peringkat Negeri Johor 2012 mewakili peserta dari Daerah Pontian.

Pertandingan ini diadakan di Gelanggang Petanque Taman Flora Batu Pahat pada 25 dan 26 Februari 2012.

Berikut keputusan rasmi pertandingan ini :

NAMA PESERTA
KEPUTUSAN
KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH

KUMPULAN PONTIAN 1
1.      INTAN NORAMALINA BINTI JAMALUDIN
(SMKB – 5IR)
2.      SUHAIRIN BINTI SABRI
(SMKB – 5IK)
3.      NUR FARHANA ATIQAH BINTI SULAIMAN
(SMKB – 3RK)
JOHAN

KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH

KUMPULAN PONTIAN 2
1.      NUR HAFEZAH BINTI ROSLI
(SMKB – 3RK)
2.      AINA ATIKAH BINTI AIRUL ASNI
(SMKB – 3RK)
3.      NUR IZATI BINTI MOHD APANDI
(SMKB – 3RK)
NAIB JOHAN

KATEGORI LELAKI SEKOLAH

KUMPULAN PONTIAN 3
1.      MOHD AMIRUL ADLI BIN TON LATIB
(SMKB – 5IR)
2.      MOHD SYAFIE BIN MOHD ALI
(SMKB – 4IR)
3.      MOHD AKMAL AFIQ BIN MD ANISHAK 

KETIGA

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada peserta Pontian 1 (Perempuan) yang akan mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Pahang.

Tahniah dan terima kasih kepada Pengurus Pasukan dan Jurulatih yang memastikan kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan ini.














Saturday, February 25, 2012

Tahniah Kelab Boling SMK Benut



23 Februari 2012 – Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada pemain Kelab Boling SMK Benut (Lelaki Bawah 18 Tahun) yang telah berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan Kejohanan Tenpin Boling MSSD Pontian yang diadakan di Pusat Boling, Plaza Harta, Pontian pada hari ini.

Seramai 35 orang peserta yang bertanding bagi kategori L18. SMK Benut telah menghantar penyertaan seramai 9 orang peserta dalam kategori ini. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut :

NAMA PESERTA
TINGATAN
KEJAYAAN
MUHAMMAD AMIRUL ADLI BIN TON LATIB
5 IBNU RUSYD
KEEMPAT
MUHAMMAD AHNAF BIN SAMSUDIN
4 AL-FARABI
KETUJUH
MUHAMMAD ADAM BIN SAMSUDIN
5 IBNU KHALDUN
KESEPULUH

Tahniah kepada Muhammad Amirul Adli Bin Ton Latib yang telah terpilih mewakili daerah Pontian untuk meneruskan kejayaan ke peringkat MSSJ yang akan diadakan di Diamond Bowl, Johor Bahru pada 5 – 7 Mac 2012. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pengurus dan Jurulatih yang memastikan kejayaan cemerlang ini.














Perhimpunan Kokurikulum Kali Kedua



22 Februari 2012 – Perjumpaan Khas Kokurikulum Kali Kedua telah berjaya diadakan pada hari ini di Dataran Baiduri, SMK Benut. Perjumpaan Khas Kokurikulum telah dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Uniform Kadet Bomba dan Penyelamat di bawah pimpinan Guru Penasihat, iaitu Encik Abd. Khalil Bin Mohd Masri.

Perhimpunan dimulakan dengan kawad kaki dan seterusnyan nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Kadet Bomba dan Penyelamat. Tujuan diadakan perhimpunan ini untuk melatih kepimpinan pasukan unit uniform untuk mengendalikan perhimpunan dan menampilkan aktiviti khas kepada unit uniform yang lain. Pada perhimpunan ini, satu pertunjukkan teknik memadamkan api telah diadakan.

Tahniah kepada Unit Uniform Kadet Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengendalikan perhimpunan khas kali ini.