Monday, September 28, 2009

Salam Syawal 1430H





Warga SMK Benut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Seluruh Umat Islam...Maaf Zahir dan Batin...


Tuesday, September 15, 2009

Program Membugarkan Amalan Sunnah


15 September 2009
– Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Program Membugarkan Amalan Sunnah Tahun 2009. Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMK Benut. Program ini telah diadakan selama satu hari pada hari Sabtu, 12 September 2009 di Balai Islam SMK Benut. Program ini bermula 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Pelajar yang menyertai program ini terdiri dari pelajar Islam Tingkatan 1 Rancangan Khas, Tingkatan 2 Rancangan Khas, pelajar Asrama dan pelajar-pelajar yang ingin menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek. Pelbagai aktiviti telah diadakan diantaranya adab berdoa, adab makan, adab istinjak, adab tidur dan adab bersolat.

Bagi pelajar asrama yang menyertai program ini pula, diteruskan dengan program qiammulail dan solat tahajud yang diadakan di Asrama SMK Benut.





Sunday, September 6, 2009

Semarakkan Semangat Cintakan Al-Quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan
dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Hal ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi, sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Wednesday, September 2, 2009

Jawapan Kuiz Silang Kata 1Malaysia




Jawapan :

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR

KUIZ SILANG KATA 1 MALAYSIA ~ ~~ ANJURAN PANITIA SEJARAH TAHUN 2009









1 P







2 P




3 D

O

K

U

M

E

N






A









R







R

4 K

E

5 M

E

R

6 D

E

K

A

A

N





L

E


A



E



K





7 M


I

R


N



M








E


M

J


8 I

D

E

O

L

O

G

I




R


E

A


F



K





9 L

O

N

D

O

N

S


E



10R

A

S

M

I




E



A


S



A






11S


K



M


T



S



12B

A

S

I

K

A

L


A


O


13L

I

M

14A




N












15K

E

T

I

G

A





16J






T




A



17J


18M

A

L

A

Y

S

I

A




P



A



W







19D

A

R

U

R

A

T



I










R



A




20P

E

R

L

E

M

B

A

G

A

A

N



dinbenut@gmail.com

NAMA : ………………………………………………………….. TINGKATAN :………………………

-----#---------"-----------"----------"------------"--------"-----------"------------"-----------"---------


MELINTANG

3. __________ rasmi yang mengandungi segala peraturan sebagai panduan kerajaan yang memerintah.

4. Membebaskan diri atau negara daripada penjajahan asing.

8. Fahaman atau pegangan politik seseorang individu atau sesebuah kumpulan atau sesebuah negara.

9. Rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di _________.

10. Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa __________ negara.

12. Salah satu kenderaan yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941.

13. Sultan dilantik setiap _______ tahun oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

15. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang _________ dalam Rukun Negara.

18. Kejayaan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah pada 16 September 1963 telah membentuk negara kita __________ pada hari ini.

19. Langkah membanteras Ancaman Komunis di Tanah Melayu yang diisytiharkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

20. Peraturan atau undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintahan.

MENEGAK

1. Lagu Terang Bulan merupakan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri ____________.

2. Terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

4. Negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan melalui _________ antara kaum.

5. Satu Program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya. Program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

6. Pemerintahan oleh rakyat atau wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya.

7. Laungan ____________ bergema menandakan kemenangan rakyat yang bebas daripada cengkaman penjajah.

11. Pada 9 Ogos 1965, perisytiharan pemisahan ____________ telah dilakukan di Parlimen.

14. Undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

16. Tulisan awal bahasa Melayu sebelum penggunaan tulisan Rumi.

17. Setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu, bendera, __________ dan lambang-lambang lain sebagai identiti tersendiri.


Tahniah kepada Pemenang....