Thursday, December 25, 2014

Perjumpaan Alumni '86 SMK Benut

21 Dis- Alumni SMB '86, telah mengadakan perjumpaannya di Dewan Baiduri SMK Benut yang bermula dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 5 petang. "Reunion" ini dihadiri seramai 33 orang bekas pelajar SM Benut tahun 1986 dan masing-masing membawa ahli keluarga mereka. Sebelum kumpulan alumni '86 ini mengadakan "reunion" di Dewan Baiduri, mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka di Merbah Eco Resort, Benut. selain mengenang nostalgia sesama mereka semasa bersekolah, Alumni '86 turut menyumbang kepada pihak sekolah yang mendidik mereka hingga berjaya menjadi seorang yang berjaya.



Perjumpaan Alumni SMB 1984

20 Dis - Alumni  SMB 1984, telah mengadakan Reunion kumpulan mereka di Dewan Baiduri SMK Benut. Majlis ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 Petang. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro. dalam ucapannya, Tuan Pengetua mengharapkan agar Alumni SMK Benut diaktifkan semula dengan mengumpulkan kumpulan pelajar pertama penubuhan sekolah ini (tahun 1965) hingga tahun terkini. 

"Inilah masanya untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMK Benut bersempena dengan sambutan Jubli Emas SMK Benut yang akan diadakan pada 31 Mac 2015", Ujar Tuan Pengetua dalam majlis itu.

Seramai 97 orang bekas pelajar Alumni '84 telah menghadiri majlis ini. Hasil didikan dari sekolah ini, Alumni '84, telah melahirkan ramai golongan profesional, korporat dan penjawat awam yang berjaya. Alumni '84 ini juga telah menghulurkan sumbangan kepada sekolah dan akan terus membantu pihak sekolah agar sekolah yang menjadi tapak awal untuk kejayaan mereka, akan terus melahirkan pelajar yang cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.

 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 24, 2014

Analisa Keputusan PT3 SMK Benut 2014

24 DIS- Keputusan Peperiksaan PT3, 2014




Hari Pengumuman Keputusan PT3 SMKB 2014

22 DIS- Berikut merupakan pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3, 2014

PENCAPAIAN 7A

1. TEE HUI BOON                           (7A, 3B)
2. NURUL NABILA BT. ROSLAN (7A, 2B, 1C)
3. TAN JOYE                                    (7A, 2B, 1C)

PENCAPAIAN 6A
1. AHMAD NUR BANIN BIN BORHANUDDIN          (6A, 3B, 1C)
2. TANG HUA RU                                                            (6A, 3B, 1C)
3.NORJULIANA BT. TAHIR                                           (6A, 3B, 1C)
4. NURUL FATIN NAZIRA BT. NAZATUL DZAHIR   (6A, 2B, 2C)
5. NUR LYANA SARI BT. DEDY CHANDRA               (6A, 2B, 2C)




Friday, November 21, 2014



" Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah"


"WELCOME HOME" CIKGU NORAIZAM BINTI WAHAB

Ahad 16 November 2014:  Tahniah!!!! cikgu Noraizam kerana telah berjaya kembali untuk menabur bakti di negeri Terengganu Darul Iman. Negerinya cantik, orangnya baik-baik. Jangan dilupakan kami di SMK Benut kerana kami sentiasa merindui anda. Terima kasih di atas kerjasama yang sangat cemerlang di SMK Benut. 

Semoga cikgu Noraizam terus maju dan cemerlang disamping keluarga tercinta. 

Harum sungguh bunga melati
Kembang setangkai diwaktu pagi
Hancur sungguh rasa dihati
Sedang berkasih ditinggal pergi






Wednesday, November 12, 2014

Hari Pengakap Daerah Pontian 2014


12 November 2014: SMK Benut telah menyertai Hari Pengakap Daerah Pontian yang telah diadakan di SK Rambah, Pontian.

Beberapa acara dipertandingkan sepanjang sambutan berkenaan dijalankan. Alhamdulillah, SMK Benut telah mendapt johan dalam acara kraftangan dan tempat ke-tiga acara ikatan dan simpulan.

Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru penasihat yang telah mengharumkan nama SMK Benut. Tahniah!!. "We Are The Best"

Tuesday, November 11, 2014

Pemantauan Kunjung Bantu Pengurusan PIBG Oleh Pegawai JPNJ

11 November 2014: SMK Benut telah dilawati oleh 2 orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memantau dan kunjung bantu pengurusan sarana dan PIBG.

Secara keseluruhannya mereka berpuashati dengan rujukan fail yang lengkap dan dokumentasi-dokumentasi yang disediakan oleh setiausaha PIBG En. Mosman. Semoga pengurusan yang lebih cemerlang akan dapat dilaksanakan pada tahun 2015. "We Are The Best"

Mesyuarat Akhir Tahun SMK Benut 2014

11 November 2014: Mesyuarat Guru Akhir tahun telah dijalankan di bilik mesyuarat As-Syafie dengan dihadiri oleh semua guru. Mesyuarat kali ini memberi fokus terhadap keberhasilan semua bidang kurikulum, sahsiah murid dan kokurikulum sepanjang tahun 2014 dan draf sasaran tahun 2015.

Secara umumnya tuan pengetua mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam memikul amanah melahirkan insan SMK Benut yang terdidik. Walaupun begitu terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik pada tahun 2015 nanti.

Tuan pengetua juga mengingatkan tentang kerja-kerja akhir yang perlu dibereskan sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir.

Sebagai rujukan tarikh-tarikh penting yang perlu guru-guru ketahui: 29-31 Disember 2014 (Mesyuarat Guru, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan HEM, Pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan Tingkatan 6), 1 Januari 2015 (Pendaftaran Tingkatan 1, 2, 3, 5 dan 6 dan gotong royong perdana), 3 Januari 2015 (pendaftaran asrama) dan 4 Januarai 2015 (Hari pertama persekolahan sesi 2015 dan pendaftaran tingkatan 4)