Tuesday, December 25, 2007

Perutusan Tuan Pengetua Tahun 2008


Assalammualaikum wbt…

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bersama lagi di bawah bumbung SMK Benut. Semoga tahun 2008 membawa kegemilangan yang lebih bermakna kepada kita semua.

Merealisasikan Kegemilangan dipilih sebagai tema SMK Benut tahun 2008. Hal ini merupakan aspirasi warga SMK Benut untuk merealisasikan visi sekolah iaitu SMK Benut Gemilang Tahun 2009. Walaupun ada dua tahun lagi tetapi usaha untuk merealisasikannya mesti dilakukan segera.

Sehubungan itu, marilah kita bekerja bersama-sama untuk merealisasikan tema ini. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sesungguhnya inilah kekuatan kita, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Selain itu, kita hendaklah ikhlas bekerja dan sentiasa berfikiran positif. Anggaplah segala rintangan yang dihadapi adalah cabaran. Kita yakin dan mampu mengatasinya. Perasaan putus asa dan kecewa hendaklah dihindarkan. Jika ini dapat dielakkan, saya yakin sekolah kita pada tahun ini pasti cemerlang dalam pelbagai bidang.

Dalam merealisasikan kegemilangan, fokus utama kita ialah kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Kita mahu melahirkan anak didik yang bukan sahaja gemilang akademik tetapi juga gemilang kokurikulum dan berpersonaliti serta berakhlak mulia. Mudah-mudahan SMK Benut melahirkan modal insan yang terbaik khususnya di daerah Pontian.

Akhir sekali, dalam minda kita, sentiasa tanamkan azam untuk menjadikan SMK Benut ‘Gemilang’ dalam segala bidang.

Sekian, terima kasih.


AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN

Pengetua
SMK Benut, Pontian, Johor.

Wednesday, October 24, 2007

Tip Menghadapi Peperiksaan

TIP HADAPI PEPERIKSAAN : PERSIAPAN MENTAL

Persediaan yang rapi harus dilakukan oleh pelajar di ambang peperiksaan. Setelah hampir beberapa tahun anda menantinya kini hanya beberapa hari lagi untuk menemuinya. Kekuatan mental harus ada pada diri anda demi untuk menghadapi peperiksaan secara lebih berkeyakinan.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
  1. Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
  2. Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
  3. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
  4. Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
  5. Jangan takut pada peperiksaan.
  6. Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN


  1. Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
  2. Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
  3. Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
  4. Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
  5. Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.
  6. Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!
Semoga Kejayaan dan Kecemerlangan Milik Anda….
Kami Warga SMK Benut Mendoakan Kejayaan Anda. Insyaallah.

Sunday, September 30, 2007

Nuzul Al-Quran


Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Hal ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Friday, September 21, 2007

Kad Raya Edisi SMK Benut


Ingin menghantar ucapan sempena hari raya Aidilfitri 2008 kepada guru-guru atau rakan-rakan?

Dapatkan kad raya yang menarik ini di Koperasi SMK Benut dengan segera.

Harganya begitu berpatutan dan anda mampu membelinya.

Tawaran Hebat Terkini....

Harga menarik dan anda mampu membelinya. Jika anda membeli lebih dari 5 keping... potongan harga akan diberikan. Cepat... selagi stok masih ada... berkunjunglah di kedai Koperasi SMK Benut sekarang.

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar



Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".


Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Perkara yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah di dalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Perkara yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Saturday, September 15, 2007

Salam Ramadan


Kelebihan Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadan

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut :
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • pelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram." (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sunday, September 9, 2007

BERUSAHA CAPAI PUASA MABRUR


SESIAPA yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Majah)

Begitulah satu daripada beribu hadis yang menyebutkan tentang kelebihan bulan Ramadan yang akan ditempuh oleh seluruh umat Islam dunia tidak lama lagi.

Wawancara wartawan ZUARIDA MOHYIN dengan pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohammad Nidzam Abdul Kadir menjelaskan tentang fenomena biasa menjelang bulan mulia ini dan bagaimana untuk memperoleh puasa yang mabrur.

Apakah sikap yang sepatutnya bagi seorang Muslim dalam menyambut Ramadan?

MOHAMMAD NIDZAM: Dalam menyambut Ramadan, saya dapati ada beberapa sikap atau watak individu Muslim. Antaranya ada yang rasa terbeban dengan bulan Ramadan. Ini kerana puasa pada siang hari dengan kadar masa yang agak panjang. Godaan perut makin banyak sekarang ini. Malam hari pula terpaksa pergi ke masjid atau surau untuk solat Isyak berjemaah dan sunat tarawih.

Sepatutnya sikap berasa terbeban dengan kedatangan Ramadan tidak boleh berpanjangan. Sebagai Muslim, puncak ibadat adalah ketaatan terhadap perintah Allah. Apa jua perintah Ilahi, kita dengar dan kita taati. Seorang Muslim perlu gembira dengan kedatangan Ramadan kerana pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pula dirantai. Ini peluang yang baik untuk mendapat ganjaran pahala dengan mudah.

Antara hasil puasa Ramadan ialah takwa. Namun masih ramai yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat seperti tidak solat dan bermain nombor ekor. Apakah status puasa golongan ini?

MOHAMMAD NIDZAM: Memang hasil puasa adalah takwa. Hal ini sabit dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 di mana Allah berfirman mafhum-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu semoga kamu menjadi golongan bertakwa.

Jadi, puasa penghujungnya ialah takwa. Tetapi tidak semestinya orang yang berpuasa akan beroleh nilai takwa. Ia perlu melalui proses pendidikan sepanjang bulan Ramadan. Kalau puasa, tetapi banyak larangan puasa dilanggar, puasanya tidak berkualiti.

Macam solat juga. Al-Quran menyatakan bahawa solat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar. Tapi bukan sebarang solat. Ia adalah solat yang berkualiti dan khusyuk. Macam juga haji. Oleh itu, kalau kita betul-betul ingin menjadi Muslim yang bertakwa, ambillah dan gunakanlah peluang bulan Ramadan bersungguh-sungguh, insya-Allah kita akan betul-betul bertakwa.

Puasa golongan yang masih tidak solat atau main nombor ekor, puasanya dikira sah kerana ia bukanlah perkara yang membatalkan solat. Namun puasa tersebut bukanlah puasa yang berkualiti. Sabda Nabi SAW dalam riwayat al-Bukhari yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai, maka janganlah orang yang berpuasa bercakap dengan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil.

Kita selalu disogokkan dengan pelbagai ganjaran hasil daripada melakukan ibadat puasa Ramadan. Pun begitu, ada kenyataan yang mengatakan bahawa tidak semua orang yang berpuasa itu mendapat hasilnya. Tolong ustaz jelaskan perkara ini dan bagaimana untuk memperoleh puasa yang mabrur?

MOHAMMAD NIDZAM: Memang banyak kelebihan ibadat puasa. Antaranya ia adalah rukun Islam. Selain itu, ada satu hadis qudsi daripada Nabi SAW riwayat al-Bukhari maksudnya: …dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa adalah bagi-Ku dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya…

Macam kita belajar di sekolah atau di universiti. Adakah kita pasti bahawa semua pelajar akan mendapat ‘A’. Sudah tentu tidak. Ia bergantung juga kepada sekadar mana usaha pelajar tersebut. Samalah dengan orang yang berpuasa. Oleh itu, ada beberapa tip untuk mendapat puasa yang mabrur (puasa yang berkualiti dan diterima oleh Allah):

  1. Berpuasa penuh.
  2. Menjaga akhlak perut, akhlak mata dan sebagainya. Contoh akhlak perut adalah menjaga agar tidak makan daripada hasil yang haram. Begitu juga semasa berbuka puasa, makanlah secara sederhana dan lagi bagus, mengikut tertib sunah Nabi SAW dengan makan buah tamar dahulu.
  3. Akhlak pergaulan mesti dijaga.
  4. Memperbanyakkan amalan membaca al-Quran dan berzikir.
  5. Mengambil peluang untuk solat sunat tarawih. Seterusnya peluang sunah bersahur juga digunakan untuk melakukan solat sunat tahajud dan sebagainya.
  6. Berusaha memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadan untuk mendapat Lailatul Qadar.

Acap kali bila tibanya bulan Ramadan, kemunculan hadis-hadis daif berkaitan kelebihan bulan ini begitu ketara. Contohnya, Berpuasalah nescaya kamu sihat, Tidur orang yang berpuasa adalah ibadat dan banyak lagi. Bagaimanakah seharusnya kita berhadapan dengan perkara ini?

MOHAMMAD NIDZAM: Proses mengenali hadis daif memerlukan ilmu. Ada hadis daif yang boleh dijadikan panduan. Contohnya berpuasalah nescaya kamu sihat. Kajian ulama hadis mendapati bahawa hadis ini daif.

Walau bagaimanapun, isi kandungannya adalah baik dan benar. Begitu juga riwayat bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Memang benar. Kalau berpuasa tetapi mengumpat sana mengumpat sini, maka tidur adalah ibadat yang lebih utama.

Cuma ada hadis daif yang sangat daif dan langsung tidak mempunyai asal dalam agama. Contohnya ganjaran pahala yang melampau dan keterlaluan.

Contohnya hadis solat tarawih setiap malam dan fadilatnya. Hadis ini bukan lagi daif tetapi adalah hadis palsu. Ia mesti diperangi kerana hadis palsu mengandungi pendustaan terhadap diri Nabi SAW. Kita tidak nafikan kelebihan solat tarawih tetapi ia mestilah sahih, hasan atau daif yang diterima mengikut syarat yang dikaji oleh para ulama hadis.

Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu. Bagaimanakah saranan di atas boleh diadaptasikan pada bulan Ramadan ini?

MOHAMMAD NIDZAM: Saya harap riwayat ini sahih. Walau bagaimanapun, maksud hadis ini adalah sahih. Ia menggambarkan bahawa proses tuntutan ilmu perlu dilakukan sama ada sebagai guru, pelajar atau sekadar pendengar.

Bagi mengadaptasikannya dalam bulan Ramadan, ada beberapa perkara yang wajar dilakukan.

Antaranya program tadarus al-Quran. Tadarus al-Quran bukanlah sekadar menghabiskan bacaan sahaja tetapi bagaimana kita cuba memahami ayat-ayat Allah. Maka adalah elok jika ada beberapa ayat dikaji dan difahami setiap hari selain cuba menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari.

Program kuliah dan ceramah agama juga sewajarnya tidak dihentikan sama sekali. Manusia memerlukan pengisian ilmu dan nasihat. Namun ia hendaklah dilakukan dengan baik dan teliti.

Janganlah kerana ceramah agama, kita mengganggu kekhusyukan orang yang sedang solat. Oleh itu, masa perlulah sesuai. Kuliah subuh boleh diteruskan seperti biasa.

Kuliah tarawih juga boleh dilakukan tetapi ia perlu dirancang dengan baik. Jika tidak, ia satu program yang tidak sesuai. Contohnya ada masjid atau surau mengadakan ceramah antara solat tarawih. Solat tarawih pula lapan rakaat. Apabila siap empat rakaat, ada ceramah agama. Setiap malam pula begitu rupa. Satu slot ceramah masanya 45 minit hingga satu jam. Ini bagi saya satu pengisian program yang tidak wajar kerana ia mengambil masa yang agak panjang.

Selain itu, ibadat utama iaitu solat tarawih masih belum sempurna. Kalau sudah sempurna lapan rakaat, para jemaah ada pilihan untuk terus mendengar ceramah atau terus balik.

Selain itu, umat Islam juga mempunyai masa pada siang hari kerana tiada waktu makan. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk kita membaca bahan-bahan bacaan yang bermanfaat.

Yang penting, jadikan bulan Ramadan satu jambatan mencapai ketakwaan dan keredaan Allah.

Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, May 9, 2007

Kata-Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Benut semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada Sabtu, 5 Mei 2007


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang kepada para hadirin, khasnya kepada perasmi majlis ini. Kehadiran tuan puan ke majlis ini, diharapkan akan menyerikan lagi perjalanan majlis ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang diadakan pada setiap tahun, bertujuan untuk memberikan penghargaan dan seterusnya meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Kejayaan yang diraih ini adalah hasil usaha gigih dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan pada masa kini dan hadapan. Sesungguhnya kegigihan. keazaman, dan disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap pelajar yang inginkan kejayaan. Selaras dengan matlamat Pendidikan Negara, pelajar-pelajar diharapkan tidak ketinggalan dalam mendepani zaman ICT yang semakin maju ini untuk menempuhi cabaran akan datang.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas bagi semua pelajar yang berjaya. Semoga kejayaan yang dimiliki hari ini mampu menjadi pendorong untuk terus berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam dunia pendidikan. Seterusnya mengamalkan tingkah laku terpuji dan bersikap positif untuk menjadi rakyat Malaysia yang berguna.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang turut sama berusaha memastikan kejayaan anak-anak masing-masing. Kerjasama ibu bapa amat diperlukan dalam usaha pihak sekolah melaksanakan aktiviti demi kecemerlangan para pelajar SMK Benut.

Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada Sabtu, 5 Mei 2007. Dirasmikan oleh YB Datuk Tee Siew Kiong ~ ADUN Kawasan Pulai Sebatang, Pontian, Johor.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Benut Kali Ke-29 pada 5 Mei 2007. Dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Maslan ~ Pengarah Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri

Sunday, March 11, 2007

Analisis Peperiksaan SMK Benut

ANALISIS PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2006

Bil

Mata Pelajaran

Jumlah Calon

Gred

Jumlah Lulus

% Lulus

A

B

C

D

E

1.

Bahasa Melayu

202

25

81

53

30

13

189

93.56

2.

Bahasa Inggeris

200

12

25

31

50

82

118

59.00

3.

Matematik

200

30

16

30

77

47

153

76.50

4.

Sains

201

29

34

41

78

19

182

90.55

5.

Sejarah

202

22

35

45

92

8

194

96.04

6.

Geografi

202

18

30

73

66

15

187

92.57

7.

Pend. Islam

165

13

45

38

46

23

142

86.06

8.

KHB 2

101

27

30

32

12

0

101

100

9.

KHB 3

103

21

33

33

13

3

100

97.09

10.

Bahasa Cina

37

13

19

1

2

2

35

94.59





ANALISIS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2006

Mata Pelajaran

Jumlah Calon

1A

2A

3B

4B

5C

6C

7D

8E

9G

% Lulus

GPK

B.Melayu

215

26

36

14

18

15

15

30

16

45

79.07

4.78

B.Inggeris

215

3

1

8

9

18

10

31

42

93

56.74

7.18

Pend. Islam

166

9

20

14

17

28

24

9

7

38

77.11

4.95

Pend. Moral

46

3

8

4

1

5

1

0

1

23

50.00

6.38

Sejarah

215

9

9

13

10

13

18

29

25

89

58.60

6.57

Matematik

214

22

11

10

10

7

7

21

65

61

71.50

6.13

Sains

132

1

1

4

13

15

21

17

15

45

65.91

6.86

Sastera Melayu

24

0

0

0

0

1

2

2

3

16

33.33

8.19

Geografi

38

0

1

0

1

1

4

12

8

11

71.05

7.35

Pend. Seni

68

4

7

13

12

10

14

5

1

2

97.06

3.78

Matematik Tambahan

83

7

2

1

4

4

8

13

16

28

66.27

6.92

Perdagangan

93

0

0

2

0

2

2

8

17

62

33.33

6.60

Prinsip Akaun

70

7

0

2

3

7

4

7

9

31

55.71

6.92

Ekonomi Asas

77

0

0

2

2

1

2

11

14

45

41.56

6.46

ICT

24

0

0

11

11

1

0

1

0

0

100

3.71

Fizik

59

9

0

2

4

10

12

14

7

1

98.31

5.20

Kimia

83

6

4

2

5

8

12

25

20

1

98.80

6.05

Biologi

59

0

1

3

7

7

10

6

12

13

77.97

6.77

Tasawur Islam

45

1

3

9

3

4

4

4

1

16

64.44

5.11

Syariah Islam

1

0

0

1

0

0

0

0

0

0

100

3.00

Bahasa Cina

46

1

9

6

8

3

7

5

1

6

86.96

4.90

EST

84

1

0

2

5

18

17

14

20

7

91.67

6.58




ANALISIS PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2006

Bil

Mata Pelajaran

Jumlah Calon

Gred

Jumlah Lulus

% Lulus

A

B

C

D

E

1.

Bahasa Melayu

111

8

38

43

11

11

72.07

2.16

2.

Peng. Perniagaan

82

12

36

27

5

2

90.24

2.68

3.

Pengajian Am

124

18

48

40

10

8

79.03

2.46

4.

Sastera Melayu

30

1

6

16

5

2

56.67

1.93

5.

Sejarah

58

9

12

19

3

15

58.62

1.94

6.

Geografi

43

8

23

9

3

0

90.70

2.83

7.

Seni Visual

21

6

15

0

0

0

100

3.24

8.

Matematik Tambahan

13

7

0

3

0

3

76.92

2.67

9.

Fizik

11

3

4

4

0

0

100

3.09

10.

Kimia

13

3

3

3

3

1

53.85

2.23

11.

Biologi

2

0

1

1

0

0

100

2.67