Saturday, March 28, 2015

Tahniah! JOHAN Pertandingan Petanque Angkasa Peringkat Negeri Johor Tahun 2015

28 Mac 2015: Pasukan petanque SMKB telah merangkul JOHAN kategori Perempuan sementara bagi kategori lelaki pula mendapat tempat ke-3 dan ke-4 dalam Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri Johor Tahun 2015.

Tahniah kepada pasukan petanque dan guru-guru yang terlibat. Semoga SMK Benut akan terus mengungguli dan mencapai kejayaan diperingkat kebangsaan nanti. SMKB, We Are The Best

Tahniah Tn. Hj. Ismail Atas Perlantikan Sebagai GKMP Teknik & Vokasional SMK Ayer Baloi

26 Mac 2015: Hari ini merupakan terakhir Tn. Hj. Ismail berkhidmat di SMK Benut. Pada hari ahad 29 Mac 2015 beliau akan bertugas secara rasmi di SMK Ayer Baloi dan menjawat jawatan sebagai GKMP Teknik & Vokasional. Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Ismail Ahmad atas perlantikan tersebut dan semoga terus cemerlang di tempat baru.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan sepanjang berada di SMK Benut.

Friday, March 13, 2015

SMKB Cemerlang Dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSD 2015

9-12 Mac 2015: Pasukan olahraga meraih keputusan yang amat membanggakan sekolah dengan 6 emas 3 perak dan 9 gangsa dan memduduki tempat ke-7 daripada 18 kontinjen dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSD yang telah diadakan di padang SMK Dato' Ali Hj. Ahmad.

Pencapaian kali ini merupakan suatu yang diluar dugaan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam pengurusan, juga kepada jurulatih dan atlit. Semoga pencapaian yang cemerlang dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. SMKB, We Are The Best


Tuesday, March 10, 2015

Program Membara "Haluan Pewaris" Daerah Pontian

10 Mac 2015: Satu program motivasi telah diadakan di Dewan Baiduri dengan peserta terdiri daripada semua murid tingkatan 4, 5 SMKB dan SMA An-Nur. Program ini dinamakan sebagai Program Membara "Haluan Pewaris" yang dikelolakan oleh Biro pendidikan UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Pontian, GM1M, PIBG SMK Benut dan PIBG SMA An-Nur.

Sepanjang program ini murid-murid diberikan suntikan semangat berkaitan dengan motivasi kecemerlangan dan jati diri. Ceramah disampaikan antaranya oleh En. Budiman (Kaunselor Organisasi PPD). Semoga pelajar dapat membentuk dan meningkatkan semangat motivasi dan jati diri bagi menghadapi SPM dan seterusnya sekolah dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai nilai etika dan sahsiah yang tinggi.

Penutupan program disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Hj. Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor.

Monday, March 9, 2015

Ceramah Sempena Minggu Anti Dadah Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

9 Mac 2015: Satu ceramah anti dadah oleh pegawai AADK Daerah Pontian telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB sempena minggu anti dadah peringkat sekolah. Selain daripada ceramah Pejabat AADK turut membawa bahan-bahan pameran untuk dilawati murid-murid.

Murid-murid yang terlibat ialah daripada kelas 4AK, 4AG, 4AB, 3AR dan 3AB. Dalam ceramah, penceramah menggunakan “slide power point” sebagai medium pengantara untuk menerangkan isu berkaitan dengan pencegahan najis dadah. Gambar dan video turut ditayangkan kepada para peserta program untuk menambah dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan Pencegahan Dadah. Penceramah turut menerangkan faktor- faktor jenayah dadah serta cara-cara untuk menghindari najis dadah. 

Semoga dengan ceramah ini murid-murid akan tahu akan akibat najis dadah dan seterusnya dapat mencegah daripada menjadi sebahagian daripada statistik golongan penagih dadah.

Sunday, March 8, 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 SMKB

8 Mac 2015: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 telah diadakan di Dewan Baiduri SMKB dengan dirasmikan oleh YB. Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Hj. Mohammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor merangkap Exco Pembangunan Negeri Johor.

Dalam ucapan perasmian Yang Berhormat, beliau telah sudi menyumbangkan dana sebanyak RM2000 untuk tabung DAKAP.

Seramai 147 orang ibu bapa telah hadir di mana dalam mesyuarat kali ini pemilihan Jawatankuasa baru bagi tahun 2015/2017 telah dijalankan. Tahniah kepada barisan kepimpinan baru yang dilantik.

Terima kasih kepada ibu, bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa untuk hadir dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Pelancaran Minggu Anti Dadah SMKB

8 Mac 2014: Pelancaran Minggu Anti Dadah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKB En. Mastura Aladdin Bin Masro di Dataran Perhimpunan. Dalam pelancaran tersebut, Tuan Pengetua telah membaca perutusan Y. Bhg Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan seterusnya murid membaca ikrar anti dadah bersama-sama dengan semua warga SMKB. Untuk makluman semua warga Sambutan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan dijalankan setiap tahun pada 19 Februari dan tema pada kali ini ialah "Gaya Hidup Sihat Amalan Kita"

Berbagai aktiviti telah dirancangkan sepanjang minggu bagi memenuhi program dan seterusnya mencapai objektif supaya dapat disemaikan dalam minda murid agar menjauhi penyalahgunaan dadah.

Sambutan Maulidur Rasul 1436H Asrama Asli SMKB

7 Mac 2015: Sambutan Maulidur Rasul 1436H Asrama Asli SMKB telah dijalankan dengan kehadiran penduduk kampung sekitar asrama, guru-guru dan kakitangan SMKB.

Dalam sambutan kali ini, apa yang paling menarik ialah kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung dari mula penyediaan "rewang" hinggalah selesai majlis mereka memberikan sumbangan tenaga bersama-sama dengan warga SMKB. Selain itu sumbangan seekor lembu turut diberikan oleh bapa murid SMKB.

Semoga kerjasama sebegini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dan dapat merealisasikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Sarana ibu bapa. SMKB, We Are The Best.

Thursday, March 5, 2015

Tahniah!! SMKB Dianugerahkan Sekolah Cemerlang Negeri Johor Dalam STPM 2014

5 Mac 2015: SMKB Dianugerahkan Sekolah Cemerlang Negeri Johor Dalam STPM 2014 Kategori Purata Nilai Gred Kumulatif Tertinggi (melebihi 100 calon) dengan PNGK 2.79. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh Y Bhg Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor di Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Tahniah kepada semua Guru-guru Tingkatan 6 yang telah mengharumkan nama SMKB di peringkat negeri Johor. TAHNIAH!!. SMKB, We Are The Best.

Selamat Datang GPK Pentadbiran dan GKMP Matematik / Sains

3 Mac 2015: Selamat datang kepada Pn Roby Binti Abd Hamid dan sekalung tahniah atas perlantikan beliau sebagai GPK Pentadbiran SMKB menggantikan En Selamat Bin Hj Mon yang telah dilantik sebagai Pengetua SMK Sri Kukup. Sebelum ini beliau menjawat jawatan GPK HEM di SMK Sri Tanjung.

Begitu juga tahniah diucapkan kepada Pn Zainon Binti Kaderi yang dilantik sebagai GKMP Matematik & Sains menggantikan En Ahmad Shamsuddin Bin Marin yang telah dilantik sebagai GPK Kokurikulum SMK Sri Tanjung.Sebelum ini beliau menjawat jawatan yang sama di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat.

Semoga dengan kehadiran mereka berdua akan menyuntik kecemerlangan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum. 


Pertandingan Petanque Daerah Pontian

5 Mac 2015 (Khamis) : Sebuah pertandingan Petanque Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di Smk Benut. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Pontian. Seramai 200 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dan terdiri daripada pelbagai ketegori. Pada tahun ini pertandingan Petanque daerah juga melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar tingkatan 6. Pertandingan tersebut juga turut menjemput pengadil atau lebih dikenali sebagai Arbiter di dalam permain Petanque peringkat kebangsaan iaitu Tn Hj. Seruan binti Osman (Arbiter Daerah Pontian) dan En. Muhammad bin Leman (Arbiter Daerah Segamat)


Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar seterusnya

Wednesday, March 4, 2015

Sistem Pengurusan Sekolah : Taklimat Pengurusan Sekolah Abad 21 Oleh Pegawai SIP

4 Mac 2015: Satu taklimat khas oleh pegawai SIP Pejabat Pendidikan daerah Pontian, En. Esa Bin Dasim telah disampaikan kepada pentadbir sekolah.

Untuk makluman warga sekolah, SMKB telah terpilih sebagai salah sebuah daripada 5 sekolah menengah di daerah Pontian untuk menjadi perintis Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 pada tahun 2015.

Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan aspek yang perlu diwujudkan berdasarkan senarai semak bagi memastikan ianya memenuhi kriteria PdP abad 21.

Sila klik di sini untuk memuaturun borang senarai Semak  Pengurusan Sekolah Abad ke-21.

Tuesday, March 3, 2015

Tahniah SMKB!! 3 Orang Mencapai Keputusan 9A1B Dalam SPM 2014

3 Mac 2015: 3 orang pelajar SPM 2014 telah memperoleh keputusan cemerlang 9A1B iaitu Siti Halimah Binti Sarkawi, Ng Chia Qi dan Nur Izzati Binti Apandi dari kelas 5 Ibnu Sina. Sementara itu seramai 9 orang lagi mencapai keputusan cemerlang 8A, 7A dan 6A. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Secara keseluruhannya, keputusan kali ini agak merosot sedikit berbanding SPM 2013 dimana peratus lulus kali ini ialah 88.44% dengan GPS 5.39

Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus sepanjang tahun 2014 dengan mengadakan berbagai program kecemerlangan. Semoga tahun 2015 akan diharungi dengan sukses dan akhirnya mencapai keputusan yang lebih cemerlang. SMKB, We Are The Best.



Terima Kasih Cik Suhaila Binti Hayon

3 Mac 2015: Hari ini merupakan hari terakhir bagi Cik Suhaila Binti Hayon bertugas sebagai Guru Ganti KGSK menggantikan Pn. Siti Hajar.

Sepanjang beliau berada di SMKB, beliau banyak membantu pihak sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum dalam menggantikan Pn. Siti hajar.

Terima kasih diucapkan kepada beliau dan semoga pengalaman sepanjang berada di sini memberikan satu suntikan semangat dalam menempuh alam pekerjaan sebenar nanti. Terima kasih.

Sunday, March 1, 2015

Lawatan Kerja Tuan PPD Pontian

1 Mac 2015: Satu lawatan kerja telan dilakukan hari ini oleh Tuan PPD Pontian, En Zainal Bin Buang, yang merupakan hari pertama beliau bertugas secara rasmi sebagai PPD. Beliau meluangkan masa selama lebih kurang sejam bersama GPK HEM, GPK Kokurikulum dan GPK Tingkatan 6 berada di SMKB dengan mendapatkan maklumat daripada pentadbir.

Seterusnya beliau meninjau keseluruhan blok sekolah, kemudahan, keselamatan dan kebersihan sekolah. Secara keseluruhannya beliau berpuashati dengan pentadbiran yang dilaksanakan oleh sekolah.

Syabas SMKB. SMKB, We Are The Best.

Pentaksiran / Ujian bil. 1 Tahun 2015

1 - 4 Mac 2015: Ujian 1 dijalankan bagi semua murid SMKB bagi menentukan pencapaian murid sepanjang bulan Januari dan Februari 2015. Antara tujuan ujian / pentaksiran ini selain daripada menentukan pencapaian murid ia juga bertujuan untuk menentukan TOV bagi tingkatan 1 dan 4. 

Semoga semua murid memperoleh manfaat daripada penilaian ini. SMKB, We Are The Best.

Tayangan Perutusan Awal Tahun Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor Showcase 2015

1 Mac 2015: Sesi perhimpunan rasmi kali ini dijalankan di dalam dewan dengan aturcara akhir tayangan Perutusan Awal Tahun Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor Showcase 2015 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Y. Bhg. Tn. Hj. Aminudin Bin Adam.

Semua warga SMKB menyaksikan tayangan tersebut dengan penuh keterujaan.

Antara yang terkandung dalam ucapan tersebut ialah berkaitan PPPM, Peranan Penjawat Awam dan Kelas Abad 21.

Semoga semua warga SMKB akan terus sukses dalam mengharungi dunia pendidikan yang kian mencabar ini. SMKB, We Are The Best.



"Seminar Murid Hebat, Rahsia Pelajar Genius"
(Program Kecemerlangan Jubli Emas)

28 Feb 2015 (Sabtu) :  Sebuah lagi program di bawah kecemerlangan jubli emas SMK Benut telah diadakan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5. Seminar yang berfokuskan kepada murid hebat, pelajar genius bermatlamat untuk memberikan suntikan motivasi kepada calon-calon SPM untuk cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang bakal diduduki oleh calon pada tahun ini.  Program tersebut telah menerima penyertaan seramai 84 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar SMK Benut Sendiri. Seminar berlangsung antara 8:30 pagi hingga 1:00 petang. 

Para pelajar mendapat suntikan hebat daripada pakar motivasi iaitu Junaidah Judin (Pengurus Besar Johor Plant Tech Sdn. Bhd.) Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan PPNJ, Perunding Latihan & Perniagaan. 

Semoga para pelajar terus maju dan mencapai kecemerlangan bersama SMK Benut. We Are The Best !!!






Tahniah!!! Selamat Maju Jaya

En. Ahmad Samsuddin bin Marin 

dan

En. Muhammad Abu Huzaifah bin Mohd Suboh


26 Feb 2015 (Khamis) : Sebuah majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan kejayaan En. Ahmad Samsuddin bin Marin Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik SMK Benut dan juga perpindahan pembantu tadbir SMK Benut. Beliau dengan sukacitanya akan melaporkan diri di SMK Seri Tanjung Sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Samsuddin bin Marin di atas kejayaan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK Benut. dan amanat kepada para pelajar SMK Benut dari beliau adalah " kosongkan pusat serenti, penuhkan universiti" insyallah akan kami berusaha. Warga SMK Benut mengucapkan selamat maju jaya dan jangan melupakan kami di sini... 

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi