Thursday, January 29, 2015

Semaian Budi Semarak Kasih
Selamat Bersara 
"Jasamu dikenang, Khidmatmu Dijulang"
(En. Roslan bin Idris)
Guru Cemerlang PSV SMK Benut

28 Januari 2015 (Rabu) : sebuah majlis yang sederhana dan meriah telah diadakan di Citra Sri Pinang, Benut bagi meraikan persaraan En. Roslan b. Idris. Majlis tersebut diadakan adalah bagi melahirkan semangat kerjasama serta menyemai perasan penghargaan dan kasih sayang antara pesara dengan guru dan kumpulan sokongan. Selain itu juga majlis ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan En. Roslan b. Idris terhadap kejayaan sekolah dalam bidang Pendidikan Seni Visual dan pencapaian pelajar di Smk Benut.

Sepintas lalu mengenai En. Roslan b. Idris : Dilahirkan pada 20 Jun 1962 di Kampung Parit Hylam, Senggarang, Batu Pahat.  mendapat pendidikan awal di SK Kg Bahru, Senggarang kemudian melangkah ke SMK Sengarang dan SMK Dato' Bentar Luar ,Batu Pahat. Beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1981-1983) da Maktab Perguruan Mohd Khalid, Jb (1997-1998). 

Antara Anugerah yang diterima sepanjang berkhidmat sebagai seorang pendidik adalah:

  1. Anugerah Penggerak Ko-Kurikulum, JPNJ-2005
  2. Anugerah Kualiti Pengurusan, JPNJ-2006
  3. Anugerah Pencapaian Seni Visual Tertinggi Daerah Pontian-2007
  4. Anugerah Harta Intelek Negara-2008
  5. Anugerah Seni MRCB-2009
  6. Anugerah Inovasi Unggul Kementerian Pelajaran Malaysia-2012
  7. Anugerah Inovasi Negara (10 terbaik)-2012
  8.  Anugerah Pingat Perak Raja Zarith Sofia Design Awards-2013
  9. Anugerah Tokoh Inovasi 2013, JPNJ-2013
  10. Anugerah Kreativiti Inovasi dan Rekacipta, JPNJ-2013
  11. Anugerah Khas Kokurikulum JPNJ-2013
  12. Anugerah Seni MRCB, Malaysia Resources Corporation-2008
  13. Finalist Anugerah Tokoj Budaya Negeri Johor-2014
  14. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM-1993,2003,2006,2010,2013







































21st Century Class

25 Jan 2015 (Ahad): Sebuah taklimat khas kelas abad ke-21 telah di adakan di SMK Benut bagi memberikan penerangan yang lebih jelas tentang kelas abad ke-21 untuk menambahbaik kelas abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai 21st Century di SMK Benut. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Burhanudin Mohd Kamar dan Pn. Rohayu dari PPD Batu Pahat dari unit SISC+ (School Improvement Specialist Coaches). Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat. 


 









 MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

24 Jan 2015 (Sabtu) : Program Larian Merentas Desa 2015 melibatkan semua pelajar Smk Benut, Pontian agar dapat memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam pembentukan insan seimbang, harmonis dan berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para pelajar Smk Benut. Mengeratkan hubungan silaturrahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan pelajar dan sesama pelajar. Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba untuk menang. Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Temenggong (merah) yang memunggut 539 mata sekali gus merangkul Johan untuk tahun 2015, Naib Johan jatuh kepada Rumah Panglima (biru) yang memunggut 524 mata, tempat Ketiga jatuh kepada Rumah Laksamana (hijau) yang memunggut 444 mata dan tempat Keempat jatuh kepada Rumah Bendahara (kuning) yang memunggut mata 414 mata. Syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan rumah. Majulah sukan untuk negara. We Are The Best !!!