Monday, March 30, 2009

Selamat Pengantin Baru


30 Mac 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Siti Salyena Binti Pungut dengan pasangannya Encik Husain Bin Murat yang telah selamat melangsungkan Majlis Perkahwinan pada hari Sabtu, 7 Mac 2009.


Warga SMK Benut juga mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Siti Norzila Binti Tumin dengan pasangannya Encik Zamrizam Bin Samsuri yang telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Ahad, 29 Mac 2009.


Warga SMK Benut mendoakan kebahagian dan kekal sehingga akhir hayat. Insyaallah.



Siti Salyena & Husain.jpg



Siti Norzila & Zamrizam.jpg



SMK Benut Menang Lagi


30 Mac 2009 – Tahniah diucapkan kepada Pasukan Unit Beruniform Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Benut kerana kecemerlangan dalam pertandingan kawad Hos Kadet Bomba dan Penyelamat yang diadakan di SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor pada hari Sabtu, 28 Mac 2009.


Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Benut telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Kawad Basah Perempuan dan tempat Ketiga bagi pertandingan Kawad Kering Lelaki.


Warga SMK Benut sekali merakamkan sekalung penghargaan atas kejayaan ini.



300320093919.jpg



300320093920.jpg



300320093921.jpg



300320093922.jpg



Thursday, March 26, 2009

Kursus Profesionalisme SMK Benut


26 Mac 2009 – Seramai lebih 70 orang warga pendidik SMK Benut telah berjaya mengikuti Kursus Profesionalisme Kali Pertama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Guru SMK Benut. Kursus ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.


Tujuan kursus ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan teknik menyediakan Kajian Tindakan yang perlu dibuat oleh semua guru SMK Benut. Kursus ini telah diberikan oleh Puan Hajah Azniza Binti Zakaria dan Puan Halijah Binti Ismaila. Mereka merupakan Jurulatih Utama Kajian Tindakan di Sekolah-sekolah Daerah Pontian dan merupakan juga guru SMK Benut.

Encik Aw Koh Sai (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik, SMK Benut) memaklumkan kepada semua guru SMK Benut perlu menghantar tajuk Kajian Tindakan pada hari Isnin, 30 Mac 2009 manakala Kertas Kerja Kajian Tindakan yang lengkap perlu dihantar sebelum atau pada hari Selasa, 7 April 2009.

Makluman kepada semua guru SMK Benut, Kursus Profesionalisme Kali Kedua akan diadakan pada 30 Mac 2009 pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut.




gmbr1.jpg



gmbr2.jpg



gmbr3.jpg



gmbr4.jpg



gmbr5.jpg



gmbr6.jpg



gmbr7.jpg



gmbr8.jpg





Wednesday, March 25, 2009

Pelajar dilarang bawa telefon bimbit


PUTRAJAYA: Berkuatkuasa serta-merta, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah termasuk sekolah berasrama bagi memastikan sistem pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan itu dibuat selepas kementerian menerima maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).



TEMA PERAYAAN HARI GURU 2009


Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Tuesday, March 24, 2009

10 Perkara Perlu dilakukan pada waktu Earth Hour




Earth Hour kini diraikan di seluruh dunia dengan banyak bandaraya mengambil bahagian dalam menjayakan Earth Hour demi mengurangkan masalah pemanasan global. Bandaraya-bandaraya seperti Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Canberra, Chicago, Toronto, Copenhagen, Christchurch, Manila, Suva dan Kuala Lumpur antara bandaraya-bandaraya yang menyokong Earth Hour mengambil bahagian.

Ini adalah satu acara global dan semua negara malah semua warga dunia dialu-alukan untuk menyertai Earth Hour. Setiap orang boleh mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu jam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 28 Mac ini.

Earth Hour juga mengenai langkah-langkah mudah yang perlu dilaksanakan setiap hari dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran dan pembebasan gas karbon dioksida- daripada permis perniagaan yang memadamkan lampu ketika pejabat mereka kosong dan kepada surirumah yang memadamkan apa juga alat-alat dapur daripada membiarkan ia terus terpasang tanpa digunakan.

Berikut adalah 10 langkah-langkah mudah dalam usaha mengurangkan pembebasan gas di Rumah Hijau anda :

1. Berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk perkelahan waktu malam.

2. Makan malam dengan disinari cahaya lilin disalah satu restoran yang mengambil

bahagian dalam Earth Hour.

3. Menganjurkan permainan `board Games' di waktu malam bersama keluarga.

4. Mengadakan Parti jalanan Earth Hour bersama jiran tertangga.

5. Mengadakan parti di rumah dengan mengunakan lampu suluh.

6. Membawa haiwan peliharaan anda (anjing, kucing) berjalan-jalan di waktu malam.

7. Menulis surat kepada yang tersayang dengan bercahayakan tanglung.

8. Duduk di dalam gelap sambil berkongsi cerita.

9. Membaca buku dengan menggunakan lampu suluh kecil.

10. Kongsi malam romantik anda dengan yang dikasihi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Earth Hour, susuri laman web www.earthhour.org/malaysia.dan

Daftarlah segera.

Tuesday, March 10, 2009

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM Negeri Johor Kategori Aliran Sastera



10 Mac 2009 - Warga SMK Benut merakamkan syabas kepada pelajar Siti Hajar Binti Ismail atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan STPM 2008 dan seterusnya berjaya dianugerahkan pelajar Terbaik STPM Negeri Johor.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Sufa'at Bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Beliau telah berjaya mendapat 4 Prinsipal iaitu semua A dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Pengajian AM, Sejarah dan Kesusasteraan Melayu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantunya dalam pelajaran. Diharap cita-cita beliau ingin menjadi Juruterbang pada suatu hari nanti menjadi kenyataan. Beliau sentiasa bersedia dalam mengulangkaji pelajaran dengan menyediakan waktu belajar yang padat serta memastikan jadual pelajarannya diikuti yang merupakan petua dalam kejayaan beliau.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan mengharapkan para pelajar lain mencontohi kecemerlangan beliau.


Banner Siti Hajar.jpg


Sijil Anugerah.jpg



Gambar Bersama Pengarah JPN.JPG




Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga Daerah Pontian


10 Mac 2009
- Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para atlet SMK Benut yang telah mengharumkan nama SMK Benut dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Daerah Pontian yang diadakan di padang SM Teknik Pontian selama 4 hari bermula 2 Mac sehingga 5 Mac 2009.

Berikut keputusan rasmi kejayaan yang dicapai oleh para atlet SMK Benut :

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA


PUNGUTAN MATA DAN PINGAT

- TEMPAT KE-4

- 6 EMAS, 8 PERAK , 17 GANGSA

- MATA = 99


PESERTA TERBAIK INDIVIDU ( LELAKI 18 TAHUN)

- MUHAMAD LOKMAN BIN ABDUL

- 2 EMAS DAN 1 PERAK

- TINGKATAN 5 IBNU KHALDUN


SENARAI NAMA PEMENANG


BIL

NAMA

TING

PINGAT

ACARA

1

MUHAMAD LOKMAN ABDUL

5 IK

EMAS

PERAK

- 400 M

- 400 M

L/BERPAGAR

- 200 M

2

ANDEK NORHAFILAH BACHOK

5 IK

EMAS

- REJAM LEMBING

- LEMPAR CAKERA

3

GOH SIAW CHIN

1 AK

EMAS

- 100 M

4

NUR AMIRAHATIKAH KASDURIN

4 AF

EMAS

GANGSA

- 100 M

L/BERPAGAR

- 100 M

5

AMIRUL SHAHIM ZAIDI

1 AB

PERAK

- LONTAR PELURU

6

ABD RAHIM MAJID

5 AB

PERAK

- LEMPAR CAKERA

7

AMIRUL AZRIQ KASAUK

4 IS

GANGSA

- 5000M JLN KAKI

8

SITI AIDAH AHMAD

5 IR

PERAK

- 3000M JLN KAKI

9

SUHAIRIN SABRI

2 IR

GANGSA

- LOMPAT JAUH

10

NURUL HUSNA SAIMAN

3 IR

GANGSA

- LEMPAR CAKERA

11

NOR HALILAH ZAKARIA

5 IR

GANGSA

- 400M

L/BERPAGAR

12

SYED SAMRI

5AF

GANGSA

- REJAM LEMBING

13

KOH JUN HENG

1 IR

GANGSA

- 100 M

14

MOHAMAD FITRI KASBAN

4 IR

PERAK

- 5000 M

15

SITI RABEAH MOHD KAMIN

3 AK

GANGSA

- LOMPAT KIJANG

16

NORLIZA ABDUL RAHMAN

5 IK

PERAK

- LOMPAT TINGGI

17

SYAHRANI UNIR

5 IS

GANGSA

GANGSA

LOMPAT TINGGI

100 M L/BERPAGAR

18

POH KAI KIAN

5 AB

PERAK

LOMPAT KIJANG

19

GOH SIAW CHIN

GOH SIAW HUI

SITI NUR AIN

AMALIA ZAINAL

1 AK

1 RK

1 AK

1 IR

GANGSA

- 4 X 100 M

20

NOR NADIA YUSOF

NUR FADZLIANA FADILAH

NURUL HIDAYAH TAHIR

SITI RABEAH KAMIN

2 AK

3 AF

2 IK

3 AK

GANGSA

- 4 X 100 M

21

MOHD SHAIRUL ANUAR RAHMAT

5 AF

PERAK

- LOMPAT TINGGI

22

MUHD SYUKRI MONTIL

4 AB

GANGSA

110 M L/BERPAGAR

23

NURUL HIDAYAH TAHIR

2 IK

GANGSA

100 M L/BERPAGAR

24

NORASHIKIN AMAT DASIM

1 IK

GANGSA

REJAM LEMBING

25

MUHAMMAD NOR SHAFIQ APANDI

2 IR

GANGSA

800 M

26

MUHAMAD LOKMAN ABDUL

MOHAMAD FITRI KASBAN

ABD RAHIM JAMIL

MUHD SYUKRI MONTIL

5 IK

4 IR

5 AK

4 AB

GANGSA

4 X 400 M